Twitter kini dijenama semula sebagai X
Elon Musk telah mengesahkan bahawa Twitter akan dijenama semula sebagai X yang juga akan menyaksikan logo ikonik burung biru juga diganti.
Ketua Pegawai Eksekutif baharu syarikat iaitu Linda Yaccarino mendedahkan X akan menjadi “hub interaktiviti tanpa had masa hadapan – berasaskan audio, video, pemesejan, pembayaran/perbankan yang akan dikuasakan oleh AI
Selain itu, pautan x.com juga akan membawa anda ke laman rasmi twitter.com dan eksekutif syarikat juga telah mengesahkan bahawa Twitter Inc. telah dinamakan semula sebagai X Crop.
Perubahan kepada Twitter boleh dilihat sejak Musk mengambil alih syarikat ini pada kos $44 bilion yang menyaksikan dia telah memecat pengurusan tertinggi syarikat dan memberhentikan hampir 6,500 pekerja.
Walaupun pelbagai langkah drastik telah diambil, Twitter dikatakan masih mengalami kekurangan pendapatan sehingga 50% dan salah satu inisiatif untuk meningkatkan pendapatan adalah dengan memperkenalkan langganan Twitter Blue pada kadar $8 sebulan.