Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : HONOR 90 5G – Sensor 200MP kini pada peranti Midrange

Honor 90 5G Malaysia

Pengenalan

HONOR 90 Series adalah pertaruhan terbaru daripada HONOR selepas pelancaran Magic Series pada awal tahun ini.

HONOR Number Series boleh dikatakan menawarkan pengguna model kelas midrange dengan rekaan yang premium dan telefon pintar HONOR 90 Series ini tiba selepas HONOR 70 dilancarkan pada Ogos tahun lalu.

Lebih lanjut, HONOR 90 Series tampil didalam dua varian iaitu HONOR 90 5G dan HONOR 90 Lite 5G untuk pasaran global dan pengguna sudah pastinya kecewa ketiadaan HONOR 90 Pro 5G.

Seterusnya, HONOR 90 5G adalah fokus dalam ulasan terbaru kami ini dan telefon pintar ini juga tampil dengan reputasi sebagai telefon pintar pertama HONOR dengan sensor 200MP.

Berikut adalah ulasan HONOR 90 5G yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 1,799.

Reka Bentuk 

Sekilas pandang, HONOR 90 5G boleh dikatakan mempunyai rekaan yang hampir sama seperti HONOR 70 namun pandangan dengan lebih teliti akan menunjukkan bahawa generasi baharu ini tampil didalam rekaan modul kamera yang dikenali sebagai Moon Phase Ring. Modul kamera ini mempunyai rekaan bulat yang kelihatan seperti fasa bulan dan ianya juga lebih tinggi berbanding panel belakang yang bermaksudnya ianya tidak rata pada permukaan.

Selain itu, panel belakang HONOR 90 5G ini ditawarkan didalam beberapa kemasan yang berlainan dan paling mencuri tumpuan adalah warna Diamond Silver yang unik.

Selain Diamond Silver, HONOR 90 5G juga ditawarkan didalam warna Peacock Blue, Emerald Green dan Midnight Black.

Unit ulasan kami tampil didalam warna Emerald Green yang memiliki kemasan dengan tekstur kasar yang berkilau dan ianya adalah 100% anti capjari. Walaubagaimanapun, panel yang digunakan masih plastik namun amat sukar untuk sesiapa membezakan bahan yang digunakan daripada pandangan.

Panel belakang HONOR 90 5G ini juga melengkung pada keempat-empat sisi dan ianya selari dengan rangka yang diperbuat daripada besi.

Pada bahagian sisi kanan, HONOR 90 5G mempunyai butang kuasa yang sedikit kecil bersama butang kelantangan suara.

Ke bahagian bawah, HONOR 90 5G menampilkan slot SIM, slot USB-C dan gril pembesar suara yang mana ianya adalah jenis mono sahaja yang sedikit mengecewakan kerana kebanyakkan telefon pintar midrange dipasaran tampil dengan pembesar suara stereo dan ini adalah sama seperti pada HONOR 70.

Dalam pada itu, HONOR 90 5G adalah telefon pintar yang lebih kompak dan ianya juga lebih selesa untuk dipegang kerana profil yang lebih nipis (7.88) dan berat sekitar 183gram.

Secara keseluruhan, HONOR 70 menampilkan reka bentuk yang premium namun meneruskan lagi legasi Number Series sebagai penawar telefon pintar midrange dengan rekaan yang premium.

Skrin Paparan

HONOR 90 5G menjadi telefon pintar pertama syarikat ini untuk memiliki teknologi 3840Hz ultra-high frequency PWM dimming yang mana mempunyai kadar kelipan skrin yang tinggi adalah lebih baik untuk mata dan panel

ini juga telah menerima penarafan TÜV Rheinland Flicker-free dan DxOMark Gold Display.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, skrin OLED telah menggantikan skrin LCD secara meluas, Hal ini kerana skrin OLED mempunyai paparan warna yang lebih baik, bezel yang lebih nipis selain turut membolehkan sensor cap jari diletakkan didalam paparan, Walaubagaimanapun, skrin OLED biasanya menggunakan modulasi PWM frekuensi rendah iaitu 480Hz atau lebih rendah 240Hz. Kelipan ini amat berbahaya kepada mata pengguna walaupun ianya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Walaupun kerlipan skrin tidak dapat dilihat oleh mata kita, tetapi mata kita memang merasakan kerlipan skrin yang berterusan, yang juga menyebabkan sesetengah pengguna berasa sakit mata dan letih apabila menggunakan telefon pintar skrin OLED. Kelipan juga merupakan salah satu punca masalah kesihatan mata, yang boleh menyebabkan gangguan penglihatan, ketegangan mata, keletihan, penglihatan kabur dan gejala lain.

Dalam pada itu, panel OLED  berukuran 6.7-inci yang memiliki resolusi 1.5K dengan kadar kepadatan piksel 435ppi dan kecerahan maksima mencecah 1,600nits.

HONOR pada HONOR 90 5G juga menyokong kadar segar semula 120Hz yang mempunyai tiga pilihan tetapan iaitu Dynamic (berubah-ubah), High (120Hz sepanjang masa), Medium (90Hz sepanjang masa) dan Standard (60Hz sepanjang masa). Selain itu, HONOR juga memberikan anda pilihan untuk menetapkan resolusi skrin iaitu High (2664×1200 piksel), Standard (2242 x 1100 piksel) dan Low (1998×900) namun lebih menjimatkan bateri jika ditetapkan pada mod Smart.

Selain itu, HONOR 90 5G juga tampil dengan sokongan mod Always On Display tampil dengan pelbagai rekaan yang unik.

Seterusnya, skrin paparan HONOR 90 5G  ini juga mempunyai sisi bezel yang nipis dan terdapat juga sensor capjari dalam skrin yang merupakan jenis optikal.

Tidak lupa juga skrin paparan HONOR 90 5G ini juga mempunyai lubang punch-hole yang menempatkan kamera selfie 50MP dan penggunaan panel skrin yang melengkung mungkin akan menyukarkan sedikit untuk anda mencari filem atau gelas perlindungan yang sesuai untuk peranti.

Secara keseluruhan, kami amat berpuas hati dengan skrin yang dimiliki oleh HONOR 90 5G dengan paparan warna dan kadar segar semula yang tinggi.

Pemproses

HONOR 90 5G tampil dengan penggunaan cip Snapdragon 7 Gen 1 Accelerated Edition yang merupakan cip midrange daripada Qualcomm yang diperbuat daripada proses 4nm. Menariknya proses fabrikasi 4nm adalah jenis proses yang digunakan untuk cipset kelas premium yang dilancarkan tahun lalu dan ianya turut membawakan sokongan Wi-Fi 6.

Cip kelas midrange ini terbukti mampu menawarkan prestasi hampir setaraf cip kelas flagship tanpa memerlukan penggunaan tenaga yang melampau.

Penggunaan dan tugas harian pada HONOR 90 5G seperti pelayaran sosial media, melayari laman sesawang dan permainan video yang tidak memerlukan grafik tinggi mampu dilakukan oleh telefon pintar ini dengan jayanya.

Bersama cip Snapdragon 7 Gen 1 Accelerated Edition ini, HONOR 70 dipadankan dengan 12GB RAM bersama storan dalaman  256GB atau 512GB yang boleh dikatakan antara storan terbesar ditawarkan pada segmen pasaran midrange.

Selain itu, HONOR 90 5G juga membawakan ciri RAM Turbo yang memberikan tambahan 7GN RAM maya namun tiada sebarang pilihan untuk menambah saiz RAM ini atau untuk menyahaktifkanya.

Bercakap mengenai UI yang disertakan, HONOR 90 5G tampil dengan antarmuka Magic UI 7.1 yang berasaskan Android 13 dan ianya merupakan antarmuka yang serba lengkap dan sangat mudah untuk digunakan.

Selain itu, HONOR juga telah menggunakan VC biomimetik arteri yang sangat besar dengan lembaran grafit kekonduksian terma tinggi Gen 3 dan sistem pengurusan terma pintar AI penuh yang membolehkan suhu peranti dikawal dengan tepat dan menghilangkan haba secara stabil.

Secara keseluruhan, prestasi HONOR 90 5G adalah sangat memadai bagi pengguna yang mahukan sebuah telefon pintar yang lebih berpatutan namun masih mampu memberikan pengalaman hampir setaraf peranti flagship.

Kamera

HONOR 90 5G menjadi antara telefon pintar pertama dipasaran untuk tampil dengan sensor utama 200MP Ultra Clear yang tampil dengan saiz sensor 1/1.4″, aperture f/1.9 dan pemfokusan auto All Pixel.

Sebagai telefon pintar pertama dipasaran untuk menggunakan sensor ini, HONOR 90 5G dilihat mampu mengambil gambar yang lebih teliti dan berkualiti tinggi namun agak mengecewakan tiada OIS disertakan dan pengguna hanya perlu berpuas hati dengan EIS.

Bersama sensor 200MP ini, HONOR 90 juga memiliki sensor ultrawide 112⁰ 12MP yang turut menyokong fotografi makro pada jarak 2.5cm. Pada pendapat kami sensor ini tidak sedikitpun mampu menyaingi kemampuan sensor utama terutama sekali gambar fotografi makro yang dilihat sama seperti dari sensor kamera 2MP.

Satu lagi sensor yang disertakan pada HONOR 90 5G adalah sensor depth 2MP yang membantu sensor utama mengambil gambar potret yang lebih baik.

HONOR 90 5G juga menyokong rakaman video 4K namun paling mencuri tumpuan adalah rakaman video multi-video yang membolehkan rakaman video menggunakan dua kamera secara serentak sama ada kamera selfie dan kamera belakang atau dua kamera belakang yang pasti diminati mereka yang suka merakam video Vlog.

Secara keseluruhan hasil gambar dari HONOR 90 5G ternyata baik namun ketiadaan OIS pada sensor utama adalah sesuatu yang amat dirasai dan ini memberikan kesan apabila terdapat pergerakan ketika mengambil gambar.

Bercakap mengenai kamera selfie pula, HONOR 90 5G juga memiliki sensor 50MP yang mempunyai 100° FoV dan turut menyokong rakaman video 4K HD

Berikut adalah hasil gambar yang diambil menggunakan HONOR 90 5G :

Bateri

Walaupun tampil dengan rekaan yang nipis, HONOR 90 5G telah menerima bateri yang lebih besar berbanding HONOR 70. Ianya kini memiliki bateri 5,000mAh (vs 4,800mAh) yang meletakkanya setaraf dengan kebanyakkan telefon pintar lain dipasaran.

Jangka hahat bateri HONOR 90 5G adalah sangat memuaskan dengan penggunaan cip 4nm Snapdragon yang sangat cekap tenaga.

Turut disertakan bersama bateri ini adalah sokongan pengecasan 66W HONOR SuperCharge yang mampu memberikan pengecasan ke tahap 20% didalam 5 minit sahaja.

Penutup

HONOR 90 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 1,799 dan ianya boleh dikatakan sebagai antara telefon pintar midrange premium yang berbaloi untuk dimiliki.

Penggunaan sensor 200MP adalah sesuatu yang wajar diberikan pujian namun ketiadaan OIS meletakkan model ini sedikit ketinggalan apabila dibandingkan dengan satu lagi telefon pintar midrange yang memiliki sensor 200MP iaitu realme 11 Pro+ 5G yang turut dilancarkan pada hari yang sama.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.