Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tablet Setaraf PC atau Komputer Riba?, HUAWEI Smart Office memberikan anda pilihan yang terbaik

Tablet atau Komputer riba adalah satu keperluan yang penting bagi pembelajaran dan kerja. Pelajar sekolah menengah, pelajar universiti dan graduan mempunyai pilihan yang banyak namun mendapatkan produk yang terbaik pada harga berpatutan adalah penting. 

Pelancaran barisan produk baharu didalam ekosistem HUAWEI Smart Office mungkin yang terbaik untuk anda.

HUAWEI baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa siri tablet setaraf PC untuk memenuhi keperluan produktiviti anda iaitu HUAWEI MatePad Air yang merupakan tablet flagship setaraf PC dan HUAWEI MatePad 11.5 yang merupakan tablet setaraf PC yang lebih mesra poket.

Berikut adalah  ciri-ciri utama yang akan membantu anda meningkatkan produktiviti dan kreativiti apabila menggunakan produk HUAWEI Smart Office.

Tablet Flagship Setaraf PC – HUAWEI MatePad Air – Pengganti Terbaik Komputer Riba

Keperluan pengguna apabila menggunakan tablet adalah berbeza namun HUAWEI MatePad Air adalah tablet terbaik untuk anda yang mahu melakukan kerja secara ‘on the go’ atau untuk pembelajaran.

Paparan setaraf PC 

HUAWEI MatePad Air merupakan tabler pertama HUAWEI untuk tampil dengan skrin paparan 11.5-inci dengan paparan 2.8K yang menawarkan anda pengalamab visual luar biasa yang pasti anda tidak pernah alami sebelum ini. Panel skrin beresolusi tinggi ini juga menyokong kadar segar semula ‘adaptive’ antara 30Hz-144Hz yang menjanjikan anda pengalaman visual terbaik tidak kira ketika menonton filem dan melakukan kerja-kerja suntingan video.

Seterusnya, Panel skrin flagship HUAWEI MatePad Air ini juga mempunyai liputan gamut warna P3 yang memberikan penghasilan warna lebih tepat dan ianya juga telah menerima pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light & Flicker-Free.

Selain itu, MatePad Air merupakan pakai tablet pertama dipasaran untuk hadir dengan nisbah skrin 3:2 yang membolehkan pengguna menikmati lebih banyak kandungan dan lebih ruang untuk menguruskan dokumen dengan lebih efisien.

Perisian Office Suite setaraf PC

HUAWEI MatePad Air dilengkapi dengan perisian WPS Office Suite lengkap yang memberikan pengguna pengalaman aplikasi Office gred profesional. Menariknya, aplikasi WPS Office Suite ini ditawarkan secara eksklusif pada semua tablet HUAWEI dan percuma seumur hidup.

Untuk meningkatkan lagi pengalaman penggunaan seperti pada komputer riba, anda boleh menyambungkan Tetikus Bluettoh bersama HUAWEI MatePad Air.

WPS Office Suite menggunakan pelbagai paten interaksi tetingkap yang menawarkan pengalaman aplikasi Office yang lancar dan gred profesional pada tablet dengan pengalaman seperti PC 

Selain itu, WP Office Spreadsheet juga membolehkan  anda mencipta tablet pangsi yang kompleks dengan mudah namun masih mempunyai struktur yang hampir sama seperti pada versi PC.

Papan Kekunci Setaraf PC

Bagi memperkayakan pengalaman anda pada tablet flagship HUAWEI MatePad Air, ianya turut disertakan dengan papan kekunci baharu Huawei Smart Magnetic Keyboard yang mempunyai jarak penaipan 1.5mm yang memberikan anda keselesaan terbaik ketika menaip.

Lebih-lebih lagi, papan kekunci HUAWEI Smart juga membolehkan pengguna mengamalkan postur penggunaan yang lebih selesa, sama ada bekerja di ruang meja yang sempit atau di sofa di rumah

Lebih dari Sebuah PC

Jika sebelum ini kita hanya memperkatakan mengenai ciri setaraf PC, HUAWEI MatePad Air juga boleh dikatakan mempunyai kemampuan melebihi sebuah komputer riba dengan sokongan stylus HUAWEI M-Pencil generasi ke-2  yang menawarkan pengalaman menulis latensi rendah seperti menulis pada kertas dan ianya juga boleh gunakan sebagai papan lukisan digital anda.

Tablet Setaraf PC Lebih Mampu Milik – HUAWEI MatePad 11.5

Paparan yang Luas

HUAWEI MatePad 11.5 dilengkapi dengan skrin paparan 2.2K yang mempunyai nisbah skrin 86% dan ianya turut menawarkan sokongan kadar segar semula 120Hz yang menjadikanya antara tablet paling berbaloi dipasaran.

Rekaan Unibodi 

Walaupun ditawarkan pada harga yang berpatutan, HUAWEI MatePad 11.5 diperbuat daripada bahan logam unibodi yang premium dan elegan.

Pembesar Suara Quad 

Bagi peminat muzik dan hiburan, HUAWEI MatePad 11.5  memberikan anda pengalaman hiburan yang terbaik.

Ia dilengkapi dengan 4 pembesar suara yang menakjubkan dengan talaan Histen 8.1 – memberikan anda kesan bass yang mantap dan treble yang unggul.

HUAWEI Smart Magnetic Keyboard

Sementara itu, hanya dengan menggunakan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard dengan jarak kekunci 1.5 mm, ianya bukan sahaja memberikan anda pengalaman menaip yang mudah tetapi juga membantu meningkatkan produktiviti kerja anda.

Office Suite

HUAWEI MatePad 11.5 juga disertakan dengan aplikasi WPS Office Suite setaraf PC sama seperti yang ditawarkan pada HUAWEI MatePad Air.

Tablet HUAWEI Kini Boleh Menggunakan Aplikasi Google 

Anda boleh memuatnaik aplikasi google dari HUAWEI AppGallery dan antara aplikasi berkait yang Google yang kini tersedia adalah Gmail, Google Drive, Youtube, Google Classroom dan banyak lagi.

HUAWEI MateBook D14 – Pantas, Sepantas Kilat!

Cip Pemprosesan Lebih Pantas – HUAWEI MateBook D14 dilengkapi cip pemproses Intel Core Processor

P-Series generasi ke-12 yang meningkatkan prestasi CPU berbilang teras sebanyak 83.3 peratus berbanding generasi sebelumnya. (Matebook D14 – Intel Photo)

Perhubungan Pantas – bentuk antena metamaterial Huawei yang serba baharu pada HUAWEI MateBook D 14 mempunyai struktur antena yang unik dan inovatif. Dua antena berbentuk T baharu yang inovatif juga telah meningkatkan kekuatan isyarat sebanyak 3dB dan menggandakan kualiti isyarat.

Dengan prestasi antena berkuasa tinggi ini, HUAWEI MateBook D14 mampu memainkan video 1080p tanpa sebarang lag pada jarak sehingga 270 meter daripada router yang bersamaan jarak 3 padang bola sepak. 

Teknologi Inivatif HUAWEI Metaline Antenna membolehkan sambungan Wi-Fi lebih jauh, laju dan stabil.

Multitasking dengan lebih pantas – HUAWEI Super Device membolehkan komputer riba disambungkan dengan telefon pintar, tablet dan set kepala untuk melaksanakan pelbagai tugasan dan kerjasama merentas peranti, meningkatkan produktiviti dan lebih kreativiti.

Super Device memberikan anda kebolehan untuk hanya seret teks, gambar dan muzik telefon pintar anda ke tetingkap pemindahan sementara sebelum dipindahkan dengan mudah ke komputer riba anda.

PROMOSI TABLET & PC

Jika anda yang sentiasa bekerja sambil merantau, tablet Huawei sememangnya alat terbaik untuk anda. HUAWEI MatePad Air dan HUAWEI MatePad 11.5 boleh didapati bermula dari RM 1,499 dan hadiah percuma sehingga RM1,099

Namun, jika anda menyukai komputer riba yang lengkap, HUAWEI Matebook D14 akan menjadi pilihan yang lebih baik untuk anda dengan spesifikasi mewah pada harga yang berpatutan

Sama ada anda memerlukan produktiviti semasa dalam perjalanan atau memerlukan peranti yang membolehkan anda mempunyai produktiviti tanpa had, HUAWEI Smart Office Devices dapat membantu anda mencapainya.

Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran anda dengan teknologi terkini daripada Huawei.

Kunjungi Huawei Experience Store atau dapatkan produk HUAWEI pilihan anda di Laman Web Rasmi Huawei.





Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.