Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Pad X9 LTE kini rasmi di Malaysia – Harga RM 1,099

Honor Pad X9 LTE kini rasmi di Malaysia - Harga RM 1,099 7

Honor secara rasminya telah memperkenalkan tablet mampu milik Honor Pad X9 di Malaysia pada harga RM 1,099.

Honor Pad X9 LTE kini rasmi di Malaysia - Harga RM 1,099 8

Honor Pad X9 memiliki skrin paparan LCD berukuran 11.5-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi 2K. Ianya akan dijana cip Snapdragon 685, 4GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Tablet ini juga memiliki sensor 5MP dibahagian dan belakang, 6 pembesar suara, bateri 7,250mAh, antaramuka MagicOS 7.1 yang berasaskan Android 13 dan ciri Multi-screen Collaboration.

Honor Pad X9 LTE kini rasmi di Malaysia - Harga RM 1,099 9

Selain itu, Honor Pad X9 ini turut menyokong rangkaian LTE, Wi-Fi 5 dan Bluetooth 5.1

Honor Pad X9 akan ditawarkan pada harga RM 1,099 dan setiap pembelian akan turut menerima Smart Bluetooth Keyboard bernilai RM 299 secara percuma.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.