Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 90 Lite 5G turut rasmi pada harga mesra poket

Selain Honor 90 5G, Honor juga telah memperkenalkan Honor 90 Lite 5G di pasaran Malaysia dan ianya ditawarkan pada harga RM 1,099.

Honor 90 Lite memiliki skrin paparan 90Hz berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+ dan kamera selfie 16MP. Ianya turut dikuasakan cip Dimensity 6020,8GB RAM dan 256GB storan dalaman.

Beralih ke kamera, Honor 90 Lite memiliki sensor utama 100MP dengan aperture f/1.9 bersama sensor ultrawide 5MP.

Seterusnya, telefon pintar ini juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan 35W Honor SuperCharger yang memberikan 55% pengecasan didalam masa 30 minit sahaja. Turut disertakan adalah sensor capjari pada butang kuasa, Hi-Res Audio, Hi-Res Audio Wireless dan USB-C 2.0

Honor 90 Lite 5G kini ditawarkan pada harga RM 1,099 dan pembelian akan turut menerima satu unit Honor Choice Earbuds X3 Lite dan satu tahun lanjutan waranti. Pembelian pada 22 Julai akan turut menerima kredit eWallet bernilai RM 50.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.