Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Phone (2) Launch Edition akan ditawarkan di Malaysia bermula 22 Julai ini

Nothing Phone (2) Launch Edition

Nothing Phone (2) yang dilancarkan di Malaysia pada 14 Julai yang lalu dilihat telah mendapat sambutan yang luar biasa dimana stok di CROSSOVER dan di stor rasmi di Lazada dan Shopee telah habis terjual.

Walaubagaimanapun jualan rasmi Nothing Phone (2) akan bermula pada 22 Julai ini dan Nothing telah mengumumkan ianya akan turut ditawarkan didalam pek Nothing Phone (2) Launch Edition melalui wakil pengedar rasmi yang terpilih.

Menariknya, Nothing Phone (2) Launch Edition ini terdiri dengan beberapa produk tambahan iaitu 1 x ear stick, 1 x Adapter dan 1 x Phone (2) casing pada harga jualan yang sama iaitu RM 2,999 (12/256GB) dan RM 3,499 (12/512GB) namun stok adalah terhad.

Berikut adalah senarai wakil pengedar rasmi yang akan menawarkan Nothing Phone (2) Launch Edition :

Kuala Lumpur
1. Yes – Lot 10 Store
2. TMT- Midvalley  Mall
3. Tac Mobile – KL East Mall.

Selangor 
1. DirectD – PJ Mega Store
2. Urban Republic – IOI City Mall
3. Vivid Concepts – Sunway Pyramid
4. SS Solution – Shah Alam

Johor
1. Shining E-Store

Penang
1. Ai SPACE – Gurney Plaza

Terengganu 
1. Mr. Mobile Care Specialist

Sarawak
1. 3Xpress Mobility – Bintulu Commerce Square 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.