Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Watch 3 Pro rasmi di Malaysia dengan skrin AMOLED dan GPS terbina – RM429

Selain realme 11 Pro Series 5G, realme juga telah melancarkan jam pintar realme Watch 3 Pro di Malaysia pada harga RM 429

realme Watch 3 Pro tampil dengan skrin paparan AMOLED berukuran 1.78-inci dengan kecerahan sehingga 500nits dan ianya turut disertakan dengan lebih dari 100 rekaan watch faces.

Selain itu, Watch 3 Pro juga memiliki GPS terbina pada jam, sokongan lebih 110 mod sukan, panggilan melalui Bluetooth yang lebih jelas, 10 hari jangka hayat bateri (345mAh) dengan pengecasan magnetik.

Watch 3 Pro juga dilengkapi perekod kesihatan yang menyeluruh seperti bacaan degupan jantung, bacaan SpO2, bacaan stress dan kualiti tidur.

Akhir sekali, realme Watch 3 Pro akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih pada harga RM 429 mulai 21 Julai dengan setiap pembelian akan turut menerima realme Silico Strap dan realme Leather Strap secara percuma.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.