Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tablet Honor Pad X9 akan dilancarkan di Malaysia pada 20 Julai ini

Honor Pad X9

Honor telah mengesahkan bahawa Honor Pad X9 akan dilancarkan secara rasmi pada majlis pelancaran Honor 90 Series yang berlangsung di Malaysia pada 20 Julai ini.

Honor Pad X9 akan memiliki skrin paparan LCD berukuran 11.5-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi 2K. Ianya akan dijana cip Snapdragon 685, 4GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Tablet ini juga memiliki sensor 5MP dibahagian dan belakang, 6 pembesar suara, bateri 7,250mAh, antaramuka MagicOS 7.1 yang berasaskan Android 13 dan ciri Multi-screen Collaboration.

Selain itu, Honor Pad X9 ini juga akan menyokong rangkaian LTE, Wi-Fi 5 dan Bluetooth 5.1

Honor 90 Lite 5G akan turut dilancarkan di Malaysia pada 20 Julai ini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.