Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix GT 10 Pro akan dilancarkan pada awal Ogos – peranti gaming lebih berkuasa

Infinix dilaporkan sedang membuang sebuah telefon pintar khas gaming yang akan dilancarkan  minggu pertama bulan Ogos bermula dengan pasaran India.

Telefon pintar terbaru Infinix ini dilaporkan akan dikenali sebagai Infinix GT 10 Pro yang akan menawarkan pengguna peranti gaming lebih premium pada harga berpatutan.

Berdasarkan gambar eksklusif yang dikongsikan oleh GSMArena, Infinix GT 10 Pro akan hadir dengan reka bentuk panel belakang separa lutsinar seperti Nothing Phone (2) namun dengan kemasan dan idea rekaan yang berbeza.

Selain itu, GT 10 Pro ini dilaporkan akan menggunakan cipset Dimensity dengan optimasi khas untuk permainan video popular seperti PUBG, MLBB, dan Free Fire.

Seterusnya, Ianya juga dikatakan akan memiliki sensor utama 108MP, sistem operasi XOS 13 yang berasaskan Android 13 yang turut akan menerima 1 kemaskini Android dan 2 tahun kemaskini keselamatan.

Akhir sekali, Infinix GT 10 Pro ini akan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan putih.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.