Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 90 Lite 5G akan turut dilancarkan di Malaysia pada 20 Julai ini

Honor akan melancarkan Honor 90 Series di Malaysia pada 20 Julai ini dan syarikat ini dijangka akan turut melancarkan Honor 90 Lite 5G bersama Honor 90 5G.

Honor 90 Lite akan memiliki skrin paparan 90Hz berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+ dan kamera selfie 16MP. Ianya turut dikuasakan cip Dimensity 6020,8GB RAM dan 256GB storan dalaman.

Beralih ke kamera, Honor 90 Lite memiliki sensor utama 100MP dengan aperture f/1.9 bersama sensor ultrawide 5MP.

Seterusnya, telefon pintar ini juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan 35W Honor SuperCharger yang memberikan 55% pengecasan didalam masa 30 minit sahaja. Turut disertakan adalah sensor capjari pada butang kuasa, Hi-Res Audio, Hi-Res Audio Wireless dan USB-C 2.0

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.