EcoFlow GLACIER dan WAVE2 kini rasmi di Malaysia – Penghawa Dingin dan Peti Sejuk mudah alih
![EcoFlow GLACIER dan WAVE2 kini rasmi di Malaysia - Penghawa Dingin dan Peti Sejuk mudah alih 1 EcoFlow GLACIER dan WAVE2 kini rasmi di Malaysia - Penghawa Dingin dan Peti Sejuk mudah alih 1](https://mobilefokus.com/wp-content/uploads/2023/07/04-GLACIER-WAVE-2-Price-KV-1024x548.jpeg)
EcoFlow Malaysia secara rasminya telah mengumumkan penawaran dua produk terbaru syarikat ini di Malaysia iaitu EcoFlow GLACIER and EcoFlow WAVE 2.
EcoFlow Glacier
EcoFlow GLACIER ialah peti sejuk beku mudah alih yang menampilkan pembuat ais terbina dalam dan bateri boleh tanggal. GLACIER menjadikannya lebih mudah berbanding sebelum ini untuk memastikan makanan dan minuman anda sejuk untuk pengembaraan luar.
Dengan bateri boleh tanggal 298Wh, GLACIER menawarkan 40 jam waktu penyejukan atau 19 jam suhu di bawah paras beku dengan sekali cas. GLACIER boleh membuat 18 kiub ais dalam masa 12 minit dan mempunyai dua ruang penyimpanan dengan kawalan suhu bebas untuk penyejukan dan pembekuan serentak.
GLACIER dilengkapi dengan pemampat berkuasa dan boleh menyejukkan dari 30°C hingga 0°C dalam masa 15-20 minit apabila ditetapkan kepada Mod Maxs. Sebagai alternatif, pengguna boleh mengutamakan kecekapan berbanding kelajuan dengan Mod Eko, mengurangkan penggunaan kuasa GLACIER untuk masa jalan yang lebih lama.
GLACIER juga boleh bertindak sebagai pengecas mudah alih untuk peralatan elektronik kecil seperti komputer riba dan telefon. Ia juga mempunyai pemegang dan roda yang boleh dilipat untuk mudah dibawa.
GLACIER menawarkan fleksibiliti maksimum sebagai penyelesaian luar grid. Ia boleh dicas dengan kuasa AC, pengecas kenderaan, panel solar atau dari stesen janakuasa.
EcoFlow GLACIER akan ditawarkan pada harga seperti berikut bagi pembelian terawal dari 16 Julai sehingga 23 Julai 2023.
- EcoFlow GLACIER – RM 4,399
- EcoFlow GLACIER + Bateri – RM 4,999
- EcoFlow GLACIER + Bateri + DELTA 2 – RM 9,499.
EcoFlow GLACIER akan ditawarkan pada harga seperti berikut bermula 24 Julai :
- EcoFlow GLACIER – RM 4,399
- EcoFlow GLACIER + Bateri – RM 4,999
- EcoFlow GLACIER + Bateri + DELTA 2 – RM 9,499.
EcoFlow WAVE 2
EcoFlow WAVE 2 adalah peranti penghawa dingin dan pemanas mudah alih yang memberikan keselesaan yang luar biasa semasa hari musim panas dan musim sejuk.
Generasi kedua siri EcoFlow’s Wave, WAVE 2, memberikan penyejukan dan pemanasan terpantas dalam industri yang tersedia dalam peranti seumpamanya, dengan keupayaan penyejukan 5100 BTU dan 6100 BTU dengan keluasan berkesan 107.6 kaki persegi (10 meter persegi).
EcoFlow WAVE 2 adalah 22 peratus lebih kecil berbanding generasi sebelum ini dan ianya menawarkan sehingga lapan jam penggunaan yang dikuasakan oleh bateri tambahan 1159Whnya. Ianya menawarkan pelbagai tetapan penyejukan atau pemasanan yang termasuk Eco, Sleeping and Fast, serta suhu boleh laras, tetapan dan banyak lagi, boleh diakses dalam aplikasi EcoFlow.
Selain itu, peranti ini boleh di caj melalui port AC, DC, stesen janakuasa dan suria, WAVE 2 mendapat manfaat daripada kepakaran kuasa mudah alih EcoFlow, memberikan fleksibiliti dan kemudahan di rumah dan semasa dalam perjalanan.
Semasa disambungkan ke stesen janakuasa mudah alih EcoFlow Wave 2 boleh digunakan sehingga 18 jam. input solar sehingga 400W membolehkan pengguna menggunakan tenaga boleh diperbaharui dan menyokong gaya hidup yang mampan di luar kawasan.
EcoFlow Wave 2 akan ditawarkan pada harga seperti berikut bagi pembelian terawal dari 16 Julai sehingga 23 Julai 2023.
- EcoFlow Wave 2 – RM 4,749
- EcoFlow Wave 2 + Bateri – RM 8,149
- EcoFlow Wave 2 + Bateri + DELTA 2 – RM 9,499.
EcoFlow Wave 2 akan ditawarkan pada harga seperti berikut bermula 24 Julai :
- EcoFlow GLACIER – RM 4,99
- EcoFlow GLACIER + Bateri – RM 8,399
- EcoFlow GLACIER + Bateri + DELTA 2 – RM 9,998.
Dapatkan EcoFlow GLACIER dan EcoFlow WAVE 2 di
Lazada [EcoFlow Store] dan Shopee [EcoFlow Malaysia Official Store]