Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

EcoFlow kini di Malaysia – Jenama pengeluar stesen janakuasa mudah alih terkemuka dunia

EcoFlow syarikat penyelesaian tenaga mudah alih dan mesra alam yang ditubuhkan pada 2017 kini mempunyai pengaruh kuat di lebih 100 pasaran melalui stesen janakuasa mudah alih DELTA dan RIVER serta pelbagai aksesori.

EcoFlow hari ini melancarkan stesen janakuasa mudah alih terbaik keluaranya di Malaysia dan ianya terdiri tiga siri iaitu RIVER 2, Siri DELTA 2 dan Solar.

Produk EcoFlow ini terdiri daripada beberapa teknologi penting yang menjadi tunjang kepada kejayaan produk ini diseluruh dunia seperti berikut :

teknologi X-Stream yang menawarkan pengecasan terpantas

teknologi X-Boost yang membolehkan anda menggunakan peranti yang mempunyai mempunyai kadar kuasa lebih tinggi daripada stesen janakuasa mudah alih anda

Battery Management System – menggunakan algoritma pintar untuk mengawal kesihatan dan kecekapan bateri.

EcoFlow RIVER 2 Series

EcoFlow RIVER 2 terdiri daripada tiga model iaitu EcoFlow RIVER 2, EcoFlow RIVER 2 Max dan EcoFlow RIVER 2 Pro.

Siri RIVER 2 adalah stesen janakuasa mudah alih peringkat permulaan terbaik dalam kelasnya di bawah 1kWj.

Ianya boleh dicaj ke tahap sehingga 80% dalam hanya 48 minit dan dengan jangka hayat yang sangat panjang, siri ini menyediakan kuasa paling kos efektif dalam kategorinya dan menyediakan sumber tenaga yang boleh dipercayai untuk gaya hidup semasa dalam perjalanan dan sandaran rumah kecemasan.

Berikut adalah harga EcoFlow River 2 Series :

EcoFlow RIVER 2 256Wh (80,000mAh) – RM 1,399

EcoFlow RIVER 2 Max 512Wh (160,000mAh) – RM 2,399

EcoFlow RIVER 2 Pro 768Wh (240,000mAh) – RM 2,999

EcoFlow DELTA Series

EcoFlow DELTA terdiri daripada tiga model DELTA 2, EcoFlow DELTA 2 Max dan EcoFlow DELTA 2 Pro yang mana ketiga-tiga model ini dilengkapi output AC 1800W yang berkuasa menjadikan DELTA 2 sebagai penyelesaian yang ideal.

Walaubagaimanapun, stesen janakuasa mudah alih DELTA 2 adalah lebih daripada sekadar bateri dan ianya juga  berkeupayaan untuk dicas semula kepada 80% dalam masa 50 minit sahaja, menyokong pengecasan melalui panel solar dan mampu menjalankan 90% daripada semua aksesori.

Kelajuan pengecasan semula tujuh kali lebih pantas daripada purata industri, sehingga 3KWh kapasiti boleh dikembangkan, dan output yang berkuasa bermakna DELTA 2 ialah perkakas moden yang penting untuk semua keluarga.

Berikut adalah harga EcoFlow DELTA Series :

EcoFlow DELTA 2 1024Wh (320,000mAh) – RM 4,999

EcoFlow DELTA Max 2016Wh (560,000mAh) – RM 8,999

EcoFlow DELTA Pro 3600Wh (1,125,000mAh) – RM 16,999

Photo copyright Max Seigal, www.maxwilderness.com

Selain stesen janakuasa mudah alih, EcoFlow juga menawarkan panel solar mudah alih yang boleh digunakan untuk mengecas barisan stesen janakuasa EcoFlow ini.

Terdapat 4 model panel solar yang ditawarkan iaitu EcoFlow 400W (RM 3,999), EcoFlow Bifacial 220W (RM 2,399), EcoFlow 160W (RM 1,699) dan EcoFlow 110W (RM 1,199).

Pembelian Produk EcoFlow kini boleh dibuat secara atas talian di Lazada [EcoFlow Store]dan Shopee [EcoFlow Malaysia Official Store] atau secara offline di Lau Distribution, RC Paragon Universal, Montanic Adventure Store, AI Home dan banyak lagi. 



Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.