Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : EcoFlow RIVER 2 Pro – ‘Power Station’ mudah alih untuk kecemasan dan riadah

EcoFlow RIVER 2 Pro

Kehidupan moden kita sangat bergantung kepada bekalan elektrik yang mana ketiadaan bekalan elektrik walaupun untuk tempoh beberapa jam mampu membuatkan kita resah dan tidak senang duduk.

Ketika keluar dari rumah untuk percutian atau beriadah bersama rakan-rakan, memiliki sebuah stesen janakuasa mudah alih adalah suatu kemestian pada waktu ini.

Baru-baru ini EcoFlow telah mengumumkan penawaran produk stesen janakuasa mudah alih mereka untuk pasaran Malaysia yang kini membolehkan anda memiliki satu peranti yang membekalkan sumber elektrik untuk anda mengecas telefon pintar, menggunakan peralatan elektrik dan banyak lagi.

EcoFlow RIVER 2 Pro

EcoFlow RIVER 2 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,999 dan ini berikut adalah ulasan mengenai stesen janakuasa mudah alih ini.

Apa yang ada dalam kotak?

  • EcoFlow RIVER 2 Pro
  • Kabel pengecasan AC
  • Kabel Pengecasan dalam kereta
  • Kabel perhubungan DC5521
  • Manual penggunaan

Rekaan

EcoFlow River 2 Pro mempunyai semua port output di hadapan manakala dua port input terletak dibahagian belakang.

EcoFlow RIVER 2 Pro

stesen janakusa ini juga memiliki paparan LCD yang memberikan anda maklumat  jelas seperti peratusan pengecasan di tengah, baki masa di sebelah kiri dan kuasa input/output di sebelah kanan.

Selain itu, butang kuasa juga terletak betul-betul di bawah paparan untuk menghidupkan atau mematikan stesen janakuasa mudah alih ini.

EcoFlow RIVER 2 Flow memiliki tiga slot AC untuk anda menggunakan peralatan elektrik, slot USB pada bahagian kiri bersebelahan skrin yang mempunyai tiga slot USB-A (12W setiap satu atau maksima 24W bagi kesemua slot) dan satu slot USB-C 100W yang juga boleh digunakan untuk mengecas stesen janakuasa mudah alih ini. Pada sisi kanan bersebelahan skrin terdapat slot DC.

Selain itu, slot DC dan slot AC mempunyai butang kuasa khas namun hanya satu butang sahaja untuk kesemua slot.

Pada bahagian sisi, terdapat gril ventilasi untuk pelesapan haba yang penting untuk mengekalkan suhu optimum stesen janakuasa ini.

Fakta yang tidak boleh dinafikan adalah EcoFlow RIVER 2 Flow ini mempunyai berat sekitar 7.5kg namun pemegang yang disertakan memudahkan ianya diangkat.

Bateri dan Pengecasan

EcoFlow River 2 Pro dilengkapi dengan bateri barkapasiti 768Wh (240,000mAh) Lithium Iron Phosphate (LiFePO4 atau LFP) berupaya untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 80% kapasiti selepas 3,000 kitaran pengecasan.

EcoFlow RIVER 2 Pro juga menyokong pengecasan pantas yang membolehkan pengecasan daripada 0% hingga 100% dilakukan didalam  masa 70 minit sahaja  melalui input 940W(AC) yang bermaksud ianya menawarkan pengecasan pantas yang hampir setaraf kebanyakkan telefon pintar dipasaran.

Output berterusan maksimum bateri ialah 800W, dengan lonjakan sehingga 1,600W melalui teknologi X-Boost yang membolehkan anda menggunakan peranti yang mempunyai mempunyai kadar kuasa lebih tinggi daripada stesen janakuasa mudah alih anda.

kebanyakkan peralatan elektrik masih boleh berfungsi pada kadar voltan yang lebih rendah pada EcoFlow RIVER 2 Pro berbanding kadar voltan sebenar.

Walaubagaimanapun, output yang rendah mungkin bermaksud peralatan elektrik tersebut tidak beroperasi pada kemampuan sebenar yang bermaksud anda hanya boleh uji dan lihat sendiri apakah ianya mencukupi keperluan anda.

Perlu diingat bahawa walaupun ciri X-Boost diaktifkan, jumlah had kuasa ialah 1,600W. Sebagai contoh, jika anda cuba menggunakan peralatan yang mempunyai output 2,000W atau mana-mana peralatan yang mempunyai  jumlah output keseluruhan sehingga 2,000W, anda akan melebihi had sebanyak 400W dan EcoFlow RIVER 2 Pro ini akan terpadam secara automatik.

Jika ciri X-Boost dipadamkan, ia akan terpadam dengan penggunaan peralatan melebihi 800W. Apabila ini berlaku, anda perlu mencabut wayar sambungan peralatan atau aktifkan ciri X-Boost, hidupkan semula port A/C dengan menekan butang kuasa individu dan cuba lagi.

EcoFlow App

Aplikasi EcoFlow

Untuk memaksimakan penggunaan stesen janakuasa mudah alih EcoFlow RIVER 2 Pro ini, anda diwajibkan memuatnaik aplikasi EcoFlow yang tersedia untuk pengguna telefon pintar Android dan iOS.

Anda boleh melakukan pelbagai tetapan bagi EcoFlow RIVER 2 Pro ini terus pada aplikasi selepas dengan membuat pairing melalui sambungan Bluetooth.

Anda boleh menekan ikon bateri untuk melihat statistik penuh bateri yang termasuk input, output dan suhu bateri.

Selain itu, dengan menekan ikon gear di bahagian atas sebelah kanan untuk memasuki menu tetapan yang memberikan anda akses untuk menamakan semula peranti, berkongsinya, mengawal ciri input dan output, seperti X-Boost, menetapkan tamat masa automatik, menyemak spesifikasi dan mengemaskini perisian serta  menukar format sukatan suhu sama ada Fahrenheit atau Celsius.

Satu lagi fungsi menarik adalah anda juga boleh menghidupkan palam AC dan DC terus pada aplikasi ini tanpa perlu menekan butang fizikal pada EcoFlow RIVER 2 Pro anda.

Penutup

EcoFlow RIVER 2 Pro merupakan sebuah stesen janakuasa mudah alih  jika anda sedang mencari sumber kuasa elektrik yang mampu memberi kuasa kepada peralatan penting anda, seperti lampu, peti sejuk dan komputer riba semasa bekalan elektrik terputus atau ketika trip perkhemahan.

Selain itu, EcoFlow RIVER 2 Pro juga boleh dicaj melalui panel solar yang dijual secara berasingan oleh EcoFlow, atau melalui kabel pengecasan kereta yang dibelakang didalam kotak pembelian (pengecasan lebih lama) yang memastikan tahap bateri sentiasa mencukupi untuk anda menggunakanya di mana sahaja anda berada.

EcoFlow RIVER 2 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga runcit RM 2,999 namun anda boleh mendapatkanya pada harga RM 2,699 sahaja dari 15 April sehingga 1 Mei 2023.

Dapatkanya di stor rasmi EcoFlow Malaysia di Shopee atau Lazada sekarang.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.