Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HOTLINK lancar pelan prabayar baharu – lebih internet pada harga lebih murah

Hotlink secara rasminya telah memperkenalkan pelan prabayar  baharu dengan pas internet yang dinaiktaraf, menawarkan lebih nilai, pilihan dan fleksibiliti kepada pelanggan prabayar.

Pelan Prabayar Hotlink baharu ini menyepadukan pelan Hotlink Unlimited dan Hotlink Pantas yang popular, digandingkan dengan lebih banyak pilihan pas internet.

Sempena pelancaran, Hotlink menawarkan baucar pulangan tunai 20% kepada golongan belia untuk setiap pembelian pas internet baharu.

Pas internet Hotlink Tanpa Had RM50 dan RM40 telah ditingkatkan kelajuan internet masing-masing kepada 12Mbps dan 6Mbps. Sementara itu, pas Hotlink Pantas RM35 dan RM25 kini disertakan dengan lebih data.

 Selain lebih banyak internet, pelanggan Hotlink juga akan dapat menikmati akses percuma kepada siaran langsung permainan Liga Perdana, item dalam permainan Mobile Legends: Bang Bang percuma, diskaun menarik untuk tiket wayang dan tawaran rakan kongsi eksklusif melalui aplikasi Hotlink.

 Pelanggan sedia ada untuk pelan Hotlink lain digalakkan untuk bertukar kepada pelan baharu ini melalui aplikasi Hotlink, terma dan syarat dikenakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelan Hotlink serba baharu dan ganjaran eksklusif, lawati: https://www.hotlink.com.my.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.