Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Pad 6 akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi

Xiaomi Pad 6 Malaysia

Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan tablet Xiaomi Pad 6 pada bulan April yang lalu dan pihak Xiaomi Malaysia telah mengesahkan bahawa tablet ini akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Xiaomi Pad 6 Series terdiri daripada dua model iaitu Pad 6 dan Pad 6 Pro namun hanya Xiaomi Pad 6 dilaporkan akan dilancarkan di Malaysia.

Xiaomi Pad 6 hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 11.0-inci dengan resolusi 1800 x 2880 (16:10) dengan kadar segar semula 144Hz dan terdapat juga lapisan gelas keselamatan Corning Glass 3. Tablet ini juga dikuasakan cip Snapdragon 870, bateri 8,840mAh dengan pengecasan pantas 33W.

Selain itu, Xiaomi Pad 6 juga dijangka akan disertakan bersama Xiaomi Smart Pen (Gen-2), 4 pembesar suara , Wi-Fi 6, MIUI 14 dan kombinasi kamera belakang 13MP + 8MP kamera hadapan dengan Focus Frame.

Buat masa pihak Xiaomi Malaysia masih belum mengumumkan bila tablet ini akan dilancarkan di Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.