Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI bakal melancarkan telefon pintar 5G lewat tahun ini

HUAWEI telah disenarai hitam oleh kerajaan AS sejak 4 tahun yang lalu dan ini menghalang syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat untuk menjalankan perniagaan dengan syarikat ini yang turut melibatkan cipset 5G.

Menurut Reuters, HUAWEI mungkin boleh melancarkan telefon pintar dengan teknologi 5G dengan menggunakan cipset yang dibangunkan oleh Semiconductor Manufacturing International Corporation (SMIC) yang berpangkalan di China.

Laporan dari firma kajian di China melaporkan bahawa HUAWEI dan SMIC sedang membangunkan cipset dengan menggunakan proses pembuatan N+1 dan perisian HUAWEI electronic design automation (EDA).

Kadar hasil yang dijangkakan untuk cipset 5G Huawei yang akan ini adalah di bawah 50%. Ramalan itu juga mengatakan bahawa HUAWEI berupaya mengeluarkan antara 2 hingga 4 juta unit cipset 5G dengan kemungkinan mencapai 10 juta unit.

Menariknya, telefon pintar pertama HUAWEI yang dilancarkan dengan cipset 5G ini dijangka akan dilancarkan lewat tahun ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.