Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

MediaTek Dimensity 6100+ kini rasmi – cipset kelas midrange

MediaTek secara rasminya telah mengumumkan cipset midrange terbaru mereka iaitu Dimensity 6100+ dengan sokongan 5G.

Cipset ini terdiri daripada dua teras Cortex-A76 bersama 6 teras Cortex-A55 yang meningkatkan prestasi meningkatkan kecekapan tenaga.

Selain itu, Dimensity 6100+ juga menyokong paparan 10-bit dengan kadar segar semula 90Hz atau 120Hz , kamera AI sehingga 108MP, rakaman video 2K pada kadar 30fps dan teknologi UltraSave 3.0+ yang menawarkan 20% lebih penjimatan tenaga pada rangkaian 5G.

Seterusnya, bahagian kamera juga menyokong pengambilan portrait dan selfie menakjubkan dengan teknologi AI-bokeh.

Telefon pintar pertama dengan cipset Dimensity 6100+ ini dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.