Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Reno10 Pro+ 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 3,499

OPPO Reno10 Pro+ 5G Malaysia

OPPO secara rasminya telah memperkenalkan OPPO Reno10 Series 5G di Malaysia dan ianya ditawarkan didalam tiga model iaitu Reno10, Reno10 Pro dan Reno10 Pro+.

OPPO Reno10 Pro+ 5G

OPPO Reno10 Pro+ 5G adalah model premium didalam keluarga Reno10 Series dan ianya tampil dengan skrin paparan AMOLED 3D Curved Screen berukuran 6.74-inci dengan kadar segar semula 120Hz.

Telefon pintar ini juga dikuasakan cip kelas flagship daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 8+ Gen 1, 12GB RAM, storan dalaman 256GB dan ColorOS 13.1 yang berasakan Android 13.

Selain itu, Reno10 Pro+ 5G menampilkan penggunaan tiga sensor kamera yang terdiri daripada sensor utama 50MP dengan OIS, sensor periskop telefoto 64MP dan sensor ultrawide 8MP. Kamera selfie adalah 32MP.

Seterusnya, Reno10 Pro+ 5G juga memiliki bateri berkapasiti 4,700mAh dengan pengecasan pantas 100W SUPERVOOC.

Akhir sekali, OPPO Reno10 Pro+ 5G akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Glossy Purple dan Silvery Grey pada harga RM 3,499.

OPPO Reno10 Pro+ kini telah dibuka untuk pra-tempahan dari 6 Julai hingga 14 Julai dengan setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM 896 yang termasuk OPPO Enco Air3, akses percuma ke Plaza Premium Lounge dan pelan OPPO Care.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.