Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Fold5 dan Z Flip5 akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Julai ini

Samsung Unpacked 2023

Samsung secara rasminya telah mengesahkan majlis pelancaran Samsung Unpacked kedua bagi tahun ini akan diadakan pada 26 Julai ini bertempat di Seoul, Korea Selatan.

Samsung Unpacked ini yang buat julung kalinya diadakan di Korea Selatan akan menjadi pentas pelancaran kepada Samsung Galaxy Z Fold5 dan Galaxy Z Flip5.

Majlis pelancaran Samsung Unpacked ini boleh disaksikan secara langsung pada 26 Julai bermula jam 7 malam waktu Malaysia.

Samsung Malaysia juga telah membuka pendaftaran minat yang membolehkan anda menebus e-baucar bernilai RM 400 apabila membuat pra-tempahan bagi Galaxy Z Flip5 atau Galaxy Z Fold5.

Daftar Minat di : https://www.samsung.com/my/unpacked/?cid=social

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.