Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 90 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 20 Julai ini

Honor 90 5G Malaysia

Honor secara rasminya telah mengesahkan bahawa Honor 90 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 20 Julai.

Pelancaran Honor 90 5G di Malaysia akan menyusul selepas pelancaran global yang dijadualkan akan berlangsung pada 6 Julai ini.

Berdasarkan pelancaran di China, Honor 90 5Gakan tampil dengan skrin paparan 1-bilion warna AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi 2664 x 1200 piksel dengan kadar 120Hz, HDR dan kecerahan maksima sehingga 1,600nits.

Selain itu, panel hadapan juga menempatkan kamera selfie iaitu  sensor 50MP manakala pada bahagian belakang terdapat sensor utama 200MP ISOCELL HP3 yang mempunyai aperture f/1.9, sensor ultrawide 12MP dan sensor depth 2MP. tiada OIS disertakan.

Selain itu, Honor 90 5G ini akan dijana cip Snapdragon 7 Gen 1, dua pilihan RAM iaitu 12GB atau 16GB, storan sehingga 512GB dan MagicOS yang berasaskan Android 13.

Dalam pada itu, telefon pintar Honor ini juga mempunyai bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W , pembesar suara stereo dan GPU Turbo X.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.