Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

CASETiFY jalin kerjasama dengan Marvel – tawarkan casing dan aksesori Spider-Man

CASETiFY jalin kerjasama dengan Marvel - tawarkan casing dan aksesori Spider-Man 1

CASETiFY jalin kerjasama dengan Marvel - tawarkan casing dan aksesori Spider-Man 2

Pengeluar casing telefon pintar terkemuka global iaitu CASETiFY telah mengumumkan kerjasama pertamanya bersama Marvel yang berinspirasikan adiwira kegemaran semua iaitu Spider-Man dan symbiote kegemaran peminat, Venom pada rangkaian aksesori terbaru keluaranya.

CASETiFY Spiderman Case

Sepanjang 11 tahun, CASETiFY sentiasa tampil dengan inovasi yang mengikut trend semasa bagi mencipta aksesori-aksesori gajet yang memberi perlindungan terbaik tanpa mengenepikan tarikan rekaan.

CASETiFY jalin kerjasama dengan Marvel - tawarkan casing dan aksesori Spider-Man 3

 Legasi Spider-Man sebagai ikon budaya pop masih utuh selama lebih enam dekad, dan peminat adiwira ini dapat menghiasi casing telefon pintar mereka dengan rekaan inspirasi adiwira tersebut yang terdapat pada casing signatur keluaran CASETiFY iaitu Impact, Ultra Impact, Mirror, Clear dan Bounce yang ditawarkan kepada pengguna iPhone, Samsung dan Google Pixel.

Rekaan daripada koleksi ini menggalakkan peminat mengeluarkan sisi dalaman adiwira masing-masing menerusi casing Spider-Man Mask dan Spider-Man Suit.

CASETiFY jalin kerjasama dengan Marvel - tawarkan casing dan aksesori Spider-Man 4

 Koleksi ini juga memaparkan karakter ikonik Marvel, Venom melalui casing Venom Mask dan Venom Suit.

CASETiFY jalin kerjasama dengan Marvel - tawarkan casing dan aksesori Spider-Man 5

 Kolaborasi CASETiFY dan Marvel ini turut dipanjangkan kepada  aksesori lain seperti AirPods, AirPods Pro, AirPods Max, AirTag, MacBook, dan Ipad termasuklah tali jam tangan Apple Watch, pengecas wayarles, sarung MagSafe, sarung pek bateri MagSafe dan tali telefon.

CASETiFY jalin kerjasama dengan Marvel - tawarkan casing dan aksesori Spider-Man 6

Tambah istimewa, ia juga menampilkan rekaan khas untuk selongsong AirPods Max Venom dan selongsong AirPods Spider-Man dengan rekaan sarang labah-labah (spiderweb) 3D.

 Koleksi baharu ini adalah yang terkini selepas kolaborasi CASETiFY bersama pereka dan jenama ternama antarabangsa seperti Olivia Rodrigo, BLACKPINK, Disney, Harry Potter, dan Star Wars.

Koleksi Marvel dan CASETiFY ini kini ditawarkan di seluruh dunia di casetify.com/co-lab. Bagi peminat Spiderman atau CASETiFY di Malaysia, ia boleh dibeli dalam talian di CASETiFY Co-Lab app (yang kini boleh didapati di App Store).

Para peminat kini boleh membeli koleksi penuh di casetify.com.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.