Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Nord 3 5G kini rasmi dengan skrin Fluid AMOLED 120Hz dan cip Dimensity 9000 – RM 2,199

OnePlus Nord 3 5G

OnePlus secara rasminya telah memperkenalkan model telefon pintar ketiga OnePlus bagi tahun ini iaitu OnePlus Nord 3 5G yang tiba selepas OnePlus 11 5G dan OnePlus Nord CE 3 Lite 5G.

OnePlus Nord 3 5G hadir dengan skrin paparan Super Fluid AMOLED berukuran 6.74-inci dengan resolusi FHD+ , kadar segar semula 120Hz, kecerahan maksima 1450nits dan kepadatan piksel 450ppi.

Selain itu, Nord 3 5G dikuasakan cip 4nm daripada MediaTek iaitu Dimensity 9000, 16GB RAM jenis LPDDR5X RAM (RAM-Vita), storan dalaman 256GB dan antaramuka OxygenOS 13.1 serta penarafan   TÜV SÜD 48-Month Fluency A rating yang bermaksud peranti ini akan kekal seperti peranti baharu sehingga 4 tahun.

Seterusnya, Nord 3 5G juga dilengkapi sensor utama 50MP IMX890 yang memiliki OIS, satu sensor ultrawide 8MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

Dalam pada itu, OnePlus Nord 3 5G juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 80W SUPERVOOC yang menawarkan pengecasan penuh 0-100% didalam masa 30 minit sahaja dan ianya turut disertakan dengan ciri Battery Health Engine yang memastikan ketahanan bateri sehingga 1600 kitaran pengecasan (sekitar 4 tahun penggunaan).

Lain-lain ciri OnePlus Nord 3 5G adalah Alert Slider dan sistem penyejukan vapor chamber berukuran 4129.88mm2.

OnePlus Nord 3 5G akan mula dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia dari 5 Julai sehingga 9 Julai pada harga RM 2,199 (16/256GB) dan setiap pembelian akan turut menerima satu unit OnePlus Nord Buds (RM 299) secara percuma.

Dapatkan OnePlus Nord 3 5G di laman rasmi OnePlus Malaysia, Shopee atau Lazada.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.