Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Reno10 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 6 Julai ini

OPPO Reno10 Series Malaysia

Oppo Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Oppo Reno10 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 6 Julai ini.

Oppo Reno10 Series adalah siri kelas midrange premium daripada Oppo yang sentiasa mendapat permintaan dan generasi ini akan tampil didalam tiga model iaitu Oppo Reno10, Oppo Reno10 Pro 5G dan Oppo Reno10 Pro+ 5G.

OPPO Reno10 Pro+ 5G dilihat akan tampil dengan sensor periskop telefoto 64MP dan dikuasakan cip kelas flagship Qualcomm iaitu Snapdragon 8+ Gen 1.

Dalam pada itu, Oppo Malaysia juga telah membuka pendaftaran minat bagi Oppo Reno10 Series yang boleh anda lakukan di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.