Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan HUAWEI Band 8 Orange Nylon Strap yang eksklusif pada harga serendah RM 169 sahaja

 

Jam Kecergasan terbaru HUAWEI Band 8 telah mula ditawarkan di Malaysia sejak awal bulan Jun pada harga yang sangat berbaloi iaitu hanya RM 219.

Ketika pelancaran, HUAWEI Band 8 ditawarkan didalam tiga warna (tali TPU) iaitu Midnight Black, Emerald Green dan Sakura Pink namun kini HUAWEI telah mengumumkan penawaran jam kecergasan ini di dalam warna Vibrant Orange (tali nilon) yang pastinya elegan dan premium di pergelangan tangan anda pada harga RM229.

Jika anda terlepas untuk mendapatkan HUAWEI Band 8 yang serba lengkap ini, anda kini memiliki peluang untuk memiliki sebuah jam kecergasan yang sangat ringan untuk dipakai namun ‘berat’ dengan ciri yang serba lengkap. 

Berikut adalah kelebihan HUAWEI Band 8 yang memiliki kemampuan ala jam pintar pada harga yang sangat mampu milik.

HUAWEI Band 8

Rekaan yang bergaya, premium dan nipis

HUAWEI Band 8 menampilkan penggunaan skrin paparan AMOLED tanpa bezel dan reka bentuk bulat yang anggun dan sangat selesa ditangan. Band 8 mempunyai berat sekitar 14gram sahaja sehingga anda boleh lupa samada anda memakai jam ini ataupun tidak.

Selain itu, HUAWEI Band 8 juga dilengkapi fungsi lepasan tali yang inovatif dimana anda hanya perlu tekan dan lepas untuk menukar tali jam yang membolehkan anda menggunakan tali jam yang sesuai dengan gaya pakaian anda.

Pengurusan Kesihatan Profesional

Sebagai sebuah jam pintar kecergasan, HUAWEI Band 8 menawarkan pengguna pelbagai ciri tambahan yang memastikan anda mengetahui kesemua aspek kesihatan diri anda. Berikut adalah teknologi pemantauan kesihatan yang disertakan pada HUAWEI Band 8 :

HUAWEI TruSleep 3.0– memantau kualiti tidur, memberikan tips untuk memastikan anda menikmati tidur yang lena dan berkualiti setiap malam 

HUAWEI TruSeen 5.0– menawarkan pengguna pelbagai ciri pemantauan kesihatan seperti bacaan SpO2 dan pemantauan kadar jantung untuk memastikan kesihatan anda sentiasa berada didalam keadaan yang baik sepanjang masa.

HUAWEI TruSport– terdapat lebih dari 100 mod kecergasan yang ditawarkan pada HUAWEI Band 8 untuk memastikan anda aktif bersenam.

HUAWEI TruRelax– ciri peringatan aktiviti pada Band 8 berfungsi seiring dengan Health Clovers dalam aplikasi Huawei Health untuk memastikan anda bermotivasi untuk kekal sihat dan aktif sepanjang hari.

Bateri tahan sehingga 14 hari

Walaupun dilengkapi pelbagai teknologi kecergasan, HUAWEI Band 8 menawarkan pengguna jangka hayat bateri yang sangat baik iaitu sehingga 14 hari  yang bergantung kepada corak penggunaan. Nikmati sehingga 9 hari jangka hayat bateri dengan penggunaan normal atau sehingga 3 hari dengan ciri AOD diaktifkan.

Jika kehabisan bateri, anda tidak perlu menanti lama kerana pengecasan penuh HUAWEI Band 8 ini hanya mengambil masa 45 minit sahaja namun jika anda didalam keadaan tergesa-gesa, 5 minit pengecasan mampu memberikan anda 2 hari jangka hayat bateri. Keupayaan hayat baterinya yang kuat memberikan anda perlindungan penjagaan kesihatan yang tahan lama.

HUAWEI Band 8 Orange Nylon kini tersedia untuk pembelian

Kagum dengan kemampuan HUAWEI Band 8?, Ini adalah peluang keemasan untuk anda mendapatkan jam kecergasan mesra poket terbaru HUAWEI ini kerana ianya akan ditawarkan pada harga RM 169 sahaja (RRP RM 229) mulai 30 Jun sehingga 7 Julai secara eksklusif di stor rasmi HUAWEI di Shopee.

p/s Jangan lupa untuk menebus baucar bernilai RM 10 sebelum membuat pembelian!

🛒 Dapatkan HUAWEI Band 8 di HUAWEI Official Store di Shopee



Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.