Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

REDMAGIC 8S Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Julai ini

nubia secara rasminya telah mengesahkan pelancaran telefon pintar gaming REDMAGIC 8S Pro akan berlangsung pada 5 Julai ini iaitu untuk pasaran China.

REDMAGIC 8S Pro dijangka akan tampil dengan rekaan yang sama seperti REDMAGIC 8 Pro namun dengan cipset terbaru daripada Qualcomm.

REDMAGIC 8S Pro dikatakan akan dilancarkan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 2 namun cipset ini masih belum diumumkan secara rasmi dan terdapat juga khabar angin yang mengatakan ianya akan turut disertakan dengan pelancaran tablet gaming nubia.

Kembali ke REDMAGIC 8S Pro, selain perbezaan cipset, telefon pintar ini dijangka akan hadir dengan spesifikasi yang sama seperti REDMAGIC 8S yang bermaksud ianya akan tampil dengan skrin paparan AMOLED 6.8″, 16GB RAM dan pengecasan pantas.

ULASAN : REDMAGIC 8 Pro – Telefon Pintar Gaming Terbaik di Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.