Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kredit RM 200 eBeliaRahmah kini boleh ditebus di Boost, Touch n Go eWallet dan Setel

 

eBeliaRahmah, Boost, Touch n Go eWallet, Setel

Penebusan kredit RM 200 dibawah program eBeliaRahmah kini telah dibuka dan penebusan boleh dilakukan melalui tiga penyedia eWallet iaitu Boost, Touch n Go eWallet dan Setel.

Seramai 2 juta belia yang berusia antara 18 hingga 20 tahun atau merupakan pelajar sepenuh masa di insitut pengajian tinggi (IPT) layak menerima bantuan ini.

Selain bantuan RM200 dalam bentuk kredit e-tunai daripada Kerajaan, penedia perkhidmatan e-dompet terlibat turut akan memberikan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tuna (cashback) atau diskaun mata ganjaran (rewards points) sepanjang tempoh program ini.

Selain itu, tempoh pendaftaran dan tuntutan eBeliaRahmah adalah bermula 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023, manakala kredit eBeliaRahmah serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan -dompet terlibat bole dibelanjakan secara ‘offline’ sehingga 31 Ogos 2023.

Selain itu, RM200 ini juga boleh dimanfaatkan di peruncit/peniaga yang menerima pembayaran melalui kod QR DuitNow dengan menggunakan salah satu e-dompet yang terlibat dalam program in, tertakluk kepada transaksi yang dibenarkan.

Tebus kredit eBeliaRahmah di Boost, Touch n Go eWallet dan Setel sekarang.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.