Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 90 Lite 5G kini rasmi dengan cip Dimensity 6020

Honor 90 lite

Honor 90 Series telah dilancarkan di China pada penghujung bulan Mei dan akan memasuki passran global pada 6 Julai ini.

Walaubagaimanapun, sebelum pelancaran global berlangsung, Honor telah mengumumkan satu lagi model didalam keluarga ini iaitu Honor 90 Lite.

Honor 90 Lite memiliki skrin paparan 90Hz berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+ dan kamera selfie 16MP. Ianya turut dikuasakan cip Dimensity 6020,8GB RAM dan 256GB storan dalaman.

Beralih ke kamera, Honor 90 Lite memiliki sensor utama 100MP dengan aperture f/1.9 bersama sensor ultrawide 5MP.

Seterusnya, telefon pintar ini juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan 35W Honor SuperCharger yang memberikan 55% pengecasan didalam masa 30 minit sahaja. Turut disertakan adalah sensor capjari pada butang kuasa, Hi-Res Audio, Hi-Res Audio Wireless dan USB-C 2.0

Honor 90 Lite kini telah mula ditawarkan di beberapa pasaran Eropah pada harga sekitar €300 (RM 1,552).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.