Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo X90s akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Jun ini

vivo X90s akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Jun ini dan syarikat ini telah berkongsi beberapa gambar yang mengesahkan warna-warna yang akan ditawarkan bagi telefon pintar ini.

Walaupun tiada pengesahan mengenai spesfikasi, vivo X90s dilaporkan akan hadir dengan skrin paparan 120Hz FullHD+ AMOLED berukuran 6.78-inci, cip Dimensity 9200+, bateri 4,810mAh dan pengecasan pantas 120W.

Selain itu, telefon pintar ini juga akan memiliki kamera selfie 32MP manakala pada bahagian belakang terdapat sensor utama 50MP, sensor ultrawide 12MP dan sensor telefoto 12MP.

vivo X90s akan dilancarkan di pada 26 Jun namun tiada maklumat pelancaran global diketahui buat masa ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.