Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

REDMAGIC 8S Pro disahkan akan tampil dengan cip Snapdragon 8+ Gen 2

REDMAGIC 8 Pro telah dilancarkan pada bulan Disember 2022 sebagai antara telefon pintar terawal dengan cipset Snapdragon 8 Gen 2 dan kini terdapat pengesahan bahawa REDMAGIC 8S Pro bakal menjadi antara telefon pintar pertama untuk menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen 2.

REDMAGIC 8S Pro Malaysia

Tipster Digital Chat Station telah berkongsi gambar REDMAGIC 8S Pro yang memamparkan hasil ujian AnTuTu dan ianya telah memperoleh markah keseluruhan 1,704,113 mata.

Selain pengesahan ini, Digital Chat Station juga mendakwa bahawa REDMAGIC 8S Pro akan disertakan dengan pengecasan pantas 170W dan kipas terbina dalam peranti seperti generasi-generasi sebelum ini.

Dalam pada itu, Tipster ini juga mendakwa bahawa REDMAGIC akan turut melancarkan tablet gaming Android bersama REDMAGIC 8S Pro.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.