Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jelajah Fotografi HONOR Magic Moments beri anda peluang cuba telefon pintar terbaru HONOR

Honor

Pertandingan fotografi Anugerah HONOR Magic Moments 2023 kembali untuk tahun ketiga dan bersempena dengan pertandingan ini, Honor Malaysia juga sedang melangsungkan jelajah eksklusif di seluruh Malaysia.

Jelahah ini bakal berlangsung di Ipoh, Perak dan Johor Bahru, acara tersebut bertujuan menyediakan platform rujukan dan turut memberikan pengguna peluang untuk mencuba telefon terbaharu HONOR sebelum pelancaran rasminya di negara ini.

 Selain itu, jelajah eksklusif ini turut menawarkan peluang kepada peserta menjadi antara yang terawal merasai pengalaman fotografi telefon pintar flagship terbaharu HONOR dengan menguji kehebatan prestasi kamera peranti tersebut.

 Sepanjang jelajah, peserta akan dibimbing jurugambar profesional yang turut berkongsi pengalaman dan panduan berharga tentang teknik fotografi mudah alih. Dari menangkap gambar landskap hingga potret, peserta berpeluang menonjolkan kreativiti mereka dan merakam detik-detik hebat dengan teknologi kamera tercanggih HONOR.

Jelajah Fotografi Mudah Alih HONOR Magic Moments – Ipoh dan Johor Bahru

Jelajah ini akan bermula pada 1 Julai di Ipoh dan diikuti 8 Julai di Johor Bahru. Di Ipoh, peserta berpeluang mengambil gambar bangunan bersejarah, seterusnya Legoland di Johor Bahru. Mereka boleh mengambil gambar apa sahaja objek atau pemandangan menarik. Untuk menyertai jelahah tersebut, peserta boleh mendaftar secara dalam talian. Tempat adalah terhad, daftar segera hari ini!

 Pautan pendaftaran: https://forms.gle/mBdazvBUuhumRKdx5

 Jangan lepaskan peluang terbaik ini untuk menyertai Jelajah Fotografi Mudah Alih HONOR Magic Moments dan saksikan kecanggihan telefon pintar terbaharu HONOR yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

Butiran lanjut berkaitan HONOR Magic Moments Malaysia boleh layari laman sesawang rasmi HONOR: https://www.hihonor.com/my/magic-moments-awards/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.