Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Tab Active4 Pro kini rasmi di Malaysia – RM 3,299

Samsung Galaxy Tab Active4 Pro

Samsung secara rasminya telah mengumumkan bahawa tablet lasak untuk syarikat perniagaan dan golongan frontliner iaitu Galaxy Tab Active4 Pro kini ditawarkan di Malaysia.

Samsung Galaxy Tab Active4 Pro adalah tablet lasak ciri gred perusahaan yang sangat boleh disesuaikan, reka bentuknya yang anggun, mudah alih dan ketahanan lasak bertukar dengan lancar antara pengalaman kerja dan kehidupan.

Galaxy Tab Active4 Pro mempunyai telah menerima penarafan MIL-STD-810H selepas melalui 23 ujian ketahnan yang termasuk altitud, suhu, getaran, habuk, kelembapan dan banyak lagi. Peranti dan S Pen tablet ini juga mempunyai pensijilan IP68, menjadikannya kalis habuk dan air. Ia juga anti-kejutan, dibina untuk menahan jatuh sehingga 1.2m dengan case pelindung atau 1.0m tanpa penutup.

Menyentuh spesifikasi Galaxy Tab Active4 Pro ini, ianya memiliki skrin paparan TFT berukuran 10.1-inci (1920 x 1200), cip Snapdragon 778G 5G, 4GB, 64GB storan dalaman, bateri 7,600mAh bersama sokongan pengecasan pantas 15W dan terdapat juga mod No Battery yang boleh digunakan untuk menggunakan tablet ini terus dengan bekalan eletrik di persekitaran yang panas seperti didalam kereta ( mengelakkan masalah bateri bengkak).

Selain itu, Tab Active4 Pro juga memiliki satu kamera 13MP dibelakang bersama satu sensor 8MP dihadapan.

Akhir sekali, Tab Active4 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,299 dan pembelian boleh dilakukan melalui wakil pengedar sah, M-Link System (M) Sdn Bhd, SNS Network (M) Sdn Bhd, dan Tri-e Marketing Sdn Bhd.

Info lanjut di : Samsung Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.