Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Canon dilihat ingin berkerjasama dengan syarikat pengeluar telefon pintar

Canon Smartphone

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini kita telah melihat banyak kerjasama antara jenama telefon pintar dan pengeluar kamera dan laporan terbaru mengatakan satu lagi jenama kamera ikonik iaitu Canon sedang mencari meneroka kemungkinan untuk menjalinkan kerjasama dengan syarikat telefon pintar.

Menurut Digital Chat Station, Canon mahu menjalin kerjasama yang membolehkan teknologi kamera Canon digunakan pada telefon pintar dan antara syarikat yang masih belum mempunyai kerjasama seperti ini adalah Apple, Samsung, Huawei, Asus, Google, Realme, Honor, Sony dan Motorola.

Daripada senarai di atas , Apple, Samsung dan Google dilihat tidak cenderung untuk melakukan kerjasama seperti ini manakala Sony mempunyai bahagian kamera yang tersendiri yang memberikan petunjuk kerjasama ini mungkin dijalin dengan pengeluar telefon pintar yang berpangkalan di China.

Setakat ini masih belum ada sebarang pengesahan daripada mana-mana syarikat pengeluar telefon pintar mengenai kerjasama dengan Canon.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.