Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Canon Malaysia raikan Hari Kamera Kebangsaan dengan peraduan videografi menarik

Untuk tahun kelima berturut-turut, Canon  Malaysia akan mempromosikan minat terhadap fotografi bersempena dengan Hari Kamera Kebangsaan.

Hari Kamera Kebangsaan yang disambut pada   29 Jun setiap tahun adalah untuk menghargai kewujudan kamera dan semua manfaatnya kepada masyarakat.

Tahun ini, dari 27 Mei hingga 24 Jun, Canon menjemput orang ramai untuk menginjak kemungkinan dalam ekspresi kreatif melalui Peraduan Video Hari Kamera Kebangsaan.

Para peminat fotografi dan videografi akan dapat menguji kebolehan kreatif dan penceritaan mereka dengan menghasilkan video-video pendek mengenai pengembaraan mereka melalui lensa kamera.

Untuk mengambil bahagian dalam peraduan ini, ikuti @CanonMalaysia di Instagram terlebih dahulu. Kemudian, muat naik video sepanjang 1 minit yang dirakam menggunakan kamera Canon anda, termasuklah video selang masa (time lapse). Hantar video tersebut di feed atau reels Instagram tersebut dan tag @CanonMalaysia dan @ytlhotels dengan menggunakan #CanonMalaysia, #VideoBetterWithCanon dan #CanonMYNCD2022.

Akhir sekali, pastikan akaun Instagram anda ditetapkan kepada umum untuk membolehkan video tersebut dijejak.

Para peserta berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti penginapan 3H2M di Pangkor Laut Resort Sea Villa bernilai RM4,640, sebuah kamera Canon PowerShot PICK bernilai RM1,969 dan penginapan selama 2H1M di JW Marriot Kuala Lumpur bernilai RM708.

Orang ramai boleh menantikan siri panduan videografi oleh pakar untuk membantu mereka dalam peraduan tersebut. Ini termasuklah panduan dari pakar produk Canon dan beberapa pencipta kandungan.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Hari Kamera Kebangsaan, ikuti Facebook Canon Malaysia dan ikuti Instagram Canon Malaysia (@canonmalaysia).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.