Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Phone (2) disahkan akan tampil dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1

Nothing Phone (2) Snapdragon 8+ Gen 1

Awal tahun ini Nothing telah mengesahkan bahawa Nothing Phone (2) akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Series namun tiada pengesahan rasmi mengenai model cipset diberikan.

Walaubagaimanapun, eksekutif daripada Qualcomm dengan tidak sengaja telah mendedahkan bahawa Nothing Phone (2) akan dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1 sebelum pengesahan dipadam.

Kini, Carl Pei telah mengesahkan Nothing Phone (2) akan dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1 dan peralihan ke cipset yang lebih berkuasa akan meningkatkan kemampuan telefon pintar ini dari segi jangka hayat bateri, rangkaian komunikasi, kemampuan kamera dan banyak lagi.

Selain itu, Carl Pei juga berkata bahawa Snapdragon 8+ Gen 1 adalah yang terbaik dari segi penggunaan tenaga dan pengurusan haba namun lebih penting mengekalkan harga telefon pintar pada tahap berpatutan.

Selain pengesahan jenis cipset ini, tiada sebarang maklumat mengenai Phone (2) didedahkan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.