Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy M14 5G akan dilancarkan pada 24 Mei ini – harga pengenalan RM 849 sahaja

 

Samsung Galaxy M14 5G

Samsung akan mengadakan jualan LazMall Super Brand Day pada 24 Mei ini dan antara tawaran menarik yang boleh anda dapatkan adalah pembelian Samsung Galaxy M14 5G pada harga RM 849 sahaja.

Samsung Galaxy M14 5G adalah model terbaru Galaxy A yang akan memasuki pasaran Malaysia dengan harga jualan runcit RM 1099 yang bermaksud anda akan menikmati penjimatan sebangak RM 250.

Samsung Galaxy M14 5G akan memiliki skrin paparan PLS LCD berukuran 6.6-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz, cip Exynos 1130, 4GB RAM , storan dalaman 128GB dan bateri 6,000mAh dengan pengecasan pantas 25W serta OneUI 5.0 yang berasaskan Android 13.

Selain itu, Galaxy M14 5G juga akan memiliki sensor kamera utama 50MP, sensor makro 2MP dan depth 2MP. Kamera selfie adalah 13MP.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.