Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Canon memperkenalkan kamera EOS R di Malaysia

Canon Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan rangkaian kamera EOS yang cukup terkenal melalui Sistem EOS R terbaru.

Sistem EOS R merevolusikan kembali pengalaman fotografi dengan keupayaan optikal yang baru dan prestasi lebih baik untuk para peminat seni fotografi. 

Sistem EOS R baru ini terdiri daripada sebuah kamera bingkai penuh tanpa cermin (full-frame mirrorless) EOS R yang baru dibina, empat buah lensa RF khas, tiga jenis RF mount adapter dan pemegang bateri (battery grip).

Ideal untuk peminat fotografi dan jurufoto profesional, EOS R menawarkan ciri-ciri rangkaian kamera tanpa cermin Canon yang ringan bersama fungsi model DSLR mewah. 

Selain memberikan pengguna fleksibiliti yang telah dipertingkatkan dan teknologi pengimejan sofistikated untuk terus meneroka kreativiti, EOS R juga direka agar sangat mesra pengguna.

Teknologi sistem RF mount yang revolusionari dan menjadi teras kepada kamera EOS R baharu ini hadir dengan RF mount berdiameter 54mm dan jarak flange focal 20mm yang menawarkan keupayaan lebih baik dalam penghasilan lensa-lensa lain.

EOS R juga merupakan kamera pertama dengan sambungan 12 pin yang menawarkan sistem komunikasi pantas di antara lensa dan kamera untuk membolehkan focus, zooming dan penetapan aperture yang lebih baik demi mendapatkan kualiti imej luar biasa. 

Dengan sensor bingkai penuh CMOS 30.3 megapiksel, kamera ini mampu menawarkan imej berkualiti tinggi yang konsisten dan tiada tandingannya.

Bagi memastikan pengguna EOS R dapat merakam momen-momen sepintas lalu, kamera ini menawarkan kelajuan auto focus terpantas di dunia iaitu 0.051 saat. 

Sebagai kamera pertama di dunia yang memiliki keupayaan auto fokus luar biasa serendah EV -6 2 , EOS R mampu mendapatkan fokus yang tepat dalam kondisi malap, malah dalam keadaan hampir gelap sepenuhnya.

 

Selangkah ke hadapan dalam bidang optik, Canon turut memperkenalkan empat lensa RF baharu yang mengoptimumkan kualiti dan prestasi kelajuan bagi menawarkan kualiti imej paling tinggi yang tidak pernah dilihat sebelum ini. 

Selain fokus dan zoom ring, lensa-lensa itu didatangkan dengan control ring tambahan yang membolehkan akses mudah dalam menyesuaikan penetapan kawalan. Lensa-lensa RF menawarkan pelbagai fungsi makro, zoom dan cahaya rendah, sekali gus menyediakan versatiliti yang impresif untuk gaya fotografi berbeza termasuklah potret, syot dekat (close-up), syot sudut luas dan videografi.

Sebagai sebahagian daripada ekosistem EOS yang luas, Sistem EOS R direka agar boleh dipadankan dengan rangkaian lensa EF dan EF-S. Pengguna menikmati fleksibiliti untuk terus menggunakan lensa EF dan EF-S kegemaran mereka dengan adanya tiga RF mount adapter yang diperkenalkan sekali untuk menyokong sistem baru tersebut.

Sempena pelancaran, promosi pra-pesanan akan ditawarkan mulai 26 September 2018 hingga 8 Oktober 2018. 

Pelanggan yang membuat pembelian dalam tempoh ini akan menerima sebuah mount adapter (normal), 64GB SD Card dan LP-E6N battery pack dengan percuma.

Sistem EOS R baru akan dijual pada harga berikut:

EOS R (rangka sahaja) – RM9,888.00 (RRP)

EOS R (rangka + 24-105mm) kit lens – RM14,688.00 (RRP)

Untuk membuat pra-pesanan, pelanggan perlu mengisi borang di cawangan terpilih di bawah:

Pulau Pinang: Canon Image Square

Lembah Klang: Canon Image Square (Mid Valley, Sunway Pyramid & Low Yat) & EOS Boutique (Subang)

Sabah: Investline Sdn Bhd

Sarawak: Great Wall Camera Sdn Bhd

Kamera EOS R sedia untuk diambil selepas 9 Oktober 2018 di cawangan yang disenaraikan di atas.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.