Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Volkswagen dilaporkan ingin menawarkan sistem HarmonyOS pada kereta elektrik yang dijual di China

Volkswagen HarmonyOS

Volkswagen HarmonyOS

Menurut sumber dari Financial Times, pengeluar kereta Volkswagen dilaporkan sedang berbincang dengan HUAWEI untuk membawakan HarmonyOS kepada kereta jenama itu yang dijual dipasaran China.

Memandangkan permintaan tinggi bagi teknologi tempatan, adalah sesuatu yang bijak bagi Volkswagen untuk menjalinkan kerjasama dengan HUAWEI untuk membawakan perisian HarmonyOS pada kereta keluaran mereka di China.

Menariknya, Volkswagen tidak membataskan percarian rakan kerjasama kepada HUAWEI sahaja dan syarikat pengeluar yang berpangkalan di Jerman ini secara umumnya sedang mencari rakan kongsi baharu di China dan HUAWEI berada dikelompok teratas melalui eksosistem HarmonyOS.

Selain itu, perisian Volkswagen juga dilihat sebagai ketinggalan berbanding pengeluar kereta EV lain dipasaran terutamanya di China dimana pasaran kereta elektrik berkembang dengan pesat sehingga HUAWEI juga mengeluarkan model kereta mereka yang tersendiri.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.