Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Google Pixel 7a peroleh 133 mata bagi ujian kamera DxOMark

Google Pixel 7a

Telefon pintar bajet daripada Google yang dilancarkan baru-baru ini iaitu Google Pixel 7a tampil dengan sistem kamera baharu bagi peranti Google Pixel namun ianya boleh dikatakan tidak mampu bersaing dengan peranti kelas flagship lain dipasaran.

Google Pixel 7a telah melalui ujian kamera DxOMark dan ianya telah memperoleh 133 mata yang meletakkanya ditempat ke-27 keseluruhan atau no.2 bagi kedudukan didalam peranti kelas high-end ($400-$600) dibelakang Pixel 7.

DxOMark merumuskan bahawa Pixel 7a adalah peranti yang sesuai untuk fotografi landskap dan potret, penghasilan warna yang sempurna pada semua keadaan cahaya dan banyak lagi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.