Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ROG Ally akan dilancarkan di Malaysia pada Julai 2023 – harga berpatutan

Asus ROG Ally

Konsol gaming ‘handheld’ daripada Asus iaitu ROG Ally yang dilancarkan awal bulan ini telah disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada bulan Julai 2023.

Pengesahan terbaru ini telah diberikan secara rasmi oleh pihak Asus Malaysia dan ianya juga telah mengesahkan bahawa harga jualan konsol gaming ini akan memberikan kejutan kepada pengguna yang bermaksud ianya akan tampil dengan harga yang lebih berpatutan untuk pasaran Malaysia.

Asus keluar membuat pengesahan rasmi ini selepas terdapat laporan yang telah menyaksikan beberapa penjual di atas talian menawarkan versi import ROG Ally pada harga ‘scalper’ yang melampau.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.