Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Malaysia tingkatkan pengalaman foldable Galaxy Z Fold4 dan Z Flip4 dengan aplikasi lebih tersuai

Samsung Malaysia tingkatkan pengalaman foldable Galaxy Z Fold4 dan Z Flip4 dengan aplikasi lebih tersuai 1

Samsung

Sebagai komitmen untuk meningkatkan lagi pengalaman foldable bagi pengguna di Malaysia, Samsung Malaysia telah berkerjasama dengan organisasi terkemuka dan bakar muda dari universiti terpilih untuk bersama-sama membuka kemungkinan baharu pada Galaxy Z Fold dan Galaxy Z Flip, dan UI/UX pada peranti foldable utama.

Samsung Malaysia tingkatkan pengalaman foldable Galaxy Z Fold4 dan Z Flip4 dengan aplikasi lebih tersuai 2

Antara rakan kerjasama terawal dalam inisiatif ini adalah AmBank, Family Mart, Maxis, Pay4U dan ZUS Coffee, memanfaatkan keupayaan platform Samsung dan Android untuk memperkayakan pengalaman pengguna pada aplikasi di Malaysia.

Samsung Malaysia tingkatkan pengalaman foldable Galaxy Z Fold4 dan Z Flip4 dengan aplikasi lebih tersuai 3
Aplikasi FamilyMart didalam Flex Mode

Semasa sesi perkongsian , bertemakan, ‘Reimagining Foldables for Malaysians’, rakan kerjasama Samsung telah mempamerkan pengoptimuman aplikasi mereka melalui penggunaan skrin paparan fleksibel dan lipatan berbilang sudut.

Dalam masa beberapa bulan akan datang, Samsung juga akan menerima lebih banyak rakan kongsi, termasuk Gigi Coffee, Golden Screen Cinemas, TV Cinemas dan Zapp.

Samsung Malaysia tingkatkan pengalaman foldable Galaxy Z Fold4 dan Z Flip4 dengan aplikasi lebih tersuai 4

Selain itu, Samsung juga menyasarkan untuk bekerjasama dengan universiti tempatan dalam hackathon, di mana pelajar universiti akan melontarkan idea mereka bagi aplikasi bagi peranti foldable.

Ini juga selaras dengan misi ESG Samsung untuk memperkasakan bakat muda Malaysia dan memberi insentif kepada mereka untuk mencipta arus baharu dalam dunia teknologi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.