Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 12 Pro 5G, Note 12 Pro dan Note 12S kini di Malaysia dari RM 999

Xiaomi Malaysia telah mengumumkan bahawa Redmi Note 12 Pro 5G, Note 12 Pro dan Note 12S kini ditawarkan secara rasmi dipasaran tempatan pada harga serendah RM 999.

Redmi Note 12 Pro 5G Malaysia

Redmi Note 12 Pro 5G

Xiaomi Redmi Note 12 Pro 5G memiliki skrin paparan OLED 6.67-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz.

Redmi Note 12 Pro 5G Cip dijana MediaTek Dimensity 1080, 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Beralih kepada bahagian kamera, Note 12 Pro 5G memiliki sensor utama 50MP IMX766 yang mempunyai OIS, sensor ultrawide 8MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

Selain itu, Redmi Note 12 Pro 5G juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan 67W , MIUI 14 dengan Android 12 dan tidak lupa bicu audio 3.5mm.

Redmi Note 12 Pro

Redmi Note 12 Pro

Xiaomi Redmi Note 12 Pro memiliki skrin paparan OLED 6.67-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz.

Redmi Note 12 Pro dijana cip Snapdragon 732G, 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Beralih kepada bahagian kamera, Note 12 Pro memiliki sensor utama 108MP Samsung HM2 yang , sensor ultrawide 8MP, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

Selain itu, Redmi Note 12 Pro juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan 67W dan antaramuka MIUI 13 dengan Android 11.

Redmi Note 12S

Redmi Note 12S

Xiaomi Redmi Note 12S memiliki skrin paparan OLED 6.43-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz.

Redmi Note 12S dijana cip MediaTek Helio G96, 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Beralih kepada bahagian kamera, Note 12S memiliki sensor utama 108MP  , sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

Selain itu, Redmi Note 12 Pro juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan 33W dan antaramuka MIUI 14 dengan Android 13.

Harga

Xiaomi Redmi Note 12 Pro 5G, Redmi Note 12 Pro dan Redmi Note 12S kini ditawarkan di Malaysia melalui wakil pengedar raami dan peruncit rasmi Xiaomi lain di Malaysia dan dalam talian di kedai rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee.

Untuk masa yang terhad, dengan setiap pembelian siri Redmi Note 12 akan menerima Redmi Buds 4 Lite, bernilai RM139 secara percuma sementara stok masih ada.

Berikut adalah harga Xiaomi Redmi 12 Pro 5G, Redmi 12 Pro dan Redmi 12S di Malaysia :

Xiaomi Redmi Note 12 Pro 5G – RM 1,299

Xiaomi Redmi Note 12 Pro – RM 1,099

Xiaomi Redmi Note 12S – RM 999

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.