Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Konsol ‘handheld’ Asus ROG Ally dilancarkan secara rasmi- harga sekitar RM 2,648

Asus ROG Ally

Asus secara rasminya telah melancarkan  konsol gaming mudah alih dibawah jenama naungan Republic of Gamers iaitu Asus ROG Ally yang beroperasi pada Windows 11 

Asus ROG Ally  dilancarkan sebagai pencabar kepada Steam Deck dan ianya akan menyokong pelbagai platform gaming berasaskan cloud seperti Steam dan Xbox Game Pass, EA App dan Epic Games.

Sebagai sebuah konsol gaming mudah alih, Asus ROG Ally akan tampil dengan rekaan yang sangat ergonomik untuk memastikan ianya mudah dipegang dan ianya juga mempunyai berat 608 gram serta sistem penyejukan ROG Intelligent Cooling.

Dalam pada itu,  Asus ROG Ally memiliki skrin paparan IPS LCD berukuran 7-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima 500nits.

ROG Ally akan ditawarkan didalam du jenis cipset iaitu  cip AMD Ryzen Z1 dan AMD Ryzen Z1 Extreme , sehingga 16GB RAM LPDDR5, storan dalaman SSD PCLe Gen4 M.2 berkapasiti 256GB atau 512GB dan sokongan external GPU.

Untuk pengalaman gaming yang lebih memuaskan, ROG Ally juga dilengkapi pembesar suara stereo Dolby Atmos dibahagian hadapan dan slot microSD.

Bercakap mengenai bateri, ROG Ally juga memiliki bateri 40Wh bersama adapter pengecasan PD 65W , dwi-kipas dan paip tembaga untuk penyejukan.

Untuk kawalan, ROG Ally menawarkan dua stick  jari analog dengan sentuhan kapasitif dan pencahayaan RGB, pad D, butang ABXY, trrigger Hall Effect kiri dan kanan serta dua butang cengkaman yang boleh di pra-tetap pada bahagian belakang.

Selain itu, konsol gaming ini juga tampil dengan slot USB-C yang menyokong USB 3.2 Gen2, slot untuk sambungan GPU, slot kad microSD yang menyokong kad UHS-II, bicu audi set kepala dan mikrofon, Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.2.

Akhir sekali, ROG Ally versi Ryzen Z1  (12/256GB) akan ditawarkan pada harga $600 (RM 2,648) manakala versi Z1 Extreme (16/512GB) akan ditawarkan pada harga $700 (RM 3,125).

Asus ROG Ally akan memasuki pasaran Malaysia pada suku ke-3.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.