Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI kini menawarkan perkhidmatan ‘upgrade’ gelas Kunlun untuk model flagship lama

HUAWEI kini menawarkan perkhidmatan 'upgrade' gelas Kunlun untuk model flagship lama 3

Majlis pelancaran HUAWEI P60 Pro dan Mate X3 semalam telah menyaksikan kedua model telefon pintar ini dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga yang bermula dari RM 4,699.

Menariknya adalah HUAWEI telah mengumumkan bahawa ianya akan menawarkan penukaran gelas keselamatan Kunlun Glass kepada model flagship yang dilancarkan sebelum ini.

HUAWEI kunlun glass upgrade Malaysia

Gelas keselamatan Kunlun telah diperkenalkan pada HUAWEI Mate50 Pro yang mana ianya menawarkan ketahanan 10 kali lebih baik berbanding gelas keselamatan lain dipasaran dan ianya turut digunakan pada P60 Pro dan Mate X3.

HUAWEI kini telah mengumumkan perkhidmatan penukaran gelas Kunlun kepada telefon pintar HUAWEI yang terpilih iaitu HUAWEI P50 Series, HUAWEI P40 Series, HUAWEI Mate50, HUAWEI Mate40 Series dan HUAWEI Mate30 Series.

Walaubagaimanapun, HUAWEI tidak mengumumkan kos bagi penukaran gelas Kunlun ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.