Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO A98 5G disahkan tiba di Malaysia dengan skrin 120Hz dan pengecasan 65W SUPERVOOC

OPPO A98 5G Malaysia

OPPO secara rasminya telah mengesahkan bahawa OPPO A98 5G akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi dan telefon pintar terbaru didalam OPPO A Series ini akan tampil dengan kombinasi prestasi yang baik dan ketahanan luar biasa.

Selain itu, OPPO A98 5G ini juga akan menjadi telefon pintar pertama A Series untuk tampil dengan sokongan pengecasan 67W SUPERVOOC yang turut disertakan bersama bateri 5,000mAh. Telefon pintar ini juga dilengkapi skrin paparan yang menawarkan sokongan kadar segar semula 120Hz untuk pengalaman visual yang lebih imersif.

 Untuk menambahkan lagi keterujaan, OPPO akan juga akan mengadakan peraduan A-Volusi Power OPPO A98 5G yang berlangsung dari 8 hingga 26 Mei 2023, di mana peserta berpeluang membawa pulang hadiah yang menakjubkan!

Untuk menyertai, anda hanya perlu pergi ke siaran peraduan di Facebook OPPO Malaysia atau Twitter OPPO Malaysia dan jawab soalan di ruangan komen bersama hashtag #OPPOA98_5G #AvolusiKualitiUntukSemua.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang terma dan syarat peraduan, layari https://bit.ly/PeraduanA98-tnc. Untuk maklumat lanjut tentang OPPO A98 5G, layari https://www.oppo.com/my/events/a98-5g-launch/.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.