Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Konsol Gaming ‘handheld’ ROG Ally akan dilancarkan 11 Mei ini – tiba di Malaysia pada suku ke-3

ROG Ally

Asus secara rasminya telah mengesahkan bahawa konsol gaming mudah alih dibawah jenama naungan Republic of Gamers iaitu ROG Ally yang beroperasi pada Windows 11 akan dilancarkan pada 11 Mei ini.

Asus ROG Ally akan dilancarkan sebagai pencabar kepada Steam Deck dan ianya dilihat akan menyokong pelbagai platform gaming berasaskan cloud seperti Steam dan Xbox Game Pass, EA App dan Epic Games.

Sebagai sebuah konsol gaming mudah alih, Asus ROG Ally akan tampil dengan rekaan yang sangat ergonomik untuk memastikan ianya mudah dipegang dan ianya juga mempunyai berat 608 gram serta sistem penyejukan ROG Intelligent Cooling.

Dalam pada itu,  Asus ROG Ally  akan dikuaskaan dengan cip AMD Ryzen Z1 Series, sehingga 16GB RAM LPDDR5, storan dalaman PCLe Gen4 sehingga 512GB, dan skrin paparan 1080p dengan kadar segar semula 120Hz dan AMD FreeSync.

Untuk pengalaman gaming yang lebih memuaskan, ROG Ally juga dilengkapi pembesar suara stereo Dolby Atmos dibahagian hadapan dan slot microSD.

Dalam pada itu, Asus ROG Ally juga telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada suku ketiga (Julai-September 2023).

Akhir sekali, harga dan maklumat jualan ROG Ally akan diumumkan pada majlis pelancaran rasmi yang dijadual berlangsung pada 11 Mei ini.

maklumat lanjut di : https://rog.gg/ALLY_m

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.