Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S23 Series akan menawarkan ciri zoom 2x tidak lama lagi

Samsung Galaxy S23 Series

Samsung Galaxy S23 Series mempunyai kemampuan kamera yang luar biasa namun sedar tak sedar ianya tidak memiliki kebolehan zoom potret 2x sehingga kini.

Pasukan pembangunan kamera Samsung telah mendedahkan bahawa ciri pengzooman ini akan ditawarkan kepada semua pengguna Galaxy S23 Series melalui kemaskini yang akan datang.

Ketika ini, Samsung Galaxy S23 Series hanya menawarkan pengzooman 1x dan 3x melalui sensor utama dan sensor telefoto 3x namun pengzooman 2x akan menggunakan sensor utama 200MP dengan zoom digital dan komputasi fotografi untuk menambahbaik hasil gambar.

Selain Galaxy S23, Galaxy S23+ dan Galaxy S23 Ultra, kemaskini baharu ini juga akan ditawarkan kepada Galaxy S22 Series dan Galaxy Z Fold4.

ULASAN : Samsung Galaxy S23 Ultra – Kombinasi Prestasi dan Kamera yang lebih Ultra

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.