Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Band 7, Earbuds X5 dan Scale 3 kini rasmi untuk pasaran Malaysia

HONOR Band 7, Earbuds X5 dan Scale 3 kini rasmi untuk pasaran Malaysia 7

HONOR secara rasminya telah mengumumkan penawaran tiga peranti kecergasan  terbaharu iaitu HONOR Band 7, HONOR Earbuds X5, dan HONOR Scale 3 untuk pasaran Malaysia.

Peranti berkenaan akan meningkatkan tahap kecergasan anda dengan ciri pintar yang menyeluruh.

honor band 7 malaysia

HONOR Band 7

Menampilkan paparan AMOLED 1.47 inci dengan gelas lengkung 2.5D, HONOR Band 7 hadir dalam tiga pilihan warna anggun iaitu Meteorite Black, Coral Pink, dan Emerald Green. HONOR Band 7 menonjol kerana mampu mengukur dan merakam dengan tepat degupan jantung, tidur, tekanan dan tahap oksigen dalam darah. Semua ini boleh dipantau setiap masa dalam satu paparan. HONOR Band 7 sesuai bagi semua peringkat umur kerana mampu membantu memperbaiki tahap kualiti tidur.

Selain itu, HONOR Band 7 mampu memantau kadar degupan jantung dengan tepat, sekaligus membantu pengguna memahami keadaan fizikal dengan lebih baik ketika sedang bersenam.

Dalam pada itu, HONOR Band 7 memiliki 96 fungsi mod senaman berbeza termasuk berlari, berjalan, berbasikal, berenang, elitipkal, mendayung, senaman bebas, dan lompat tali. Gelang tangan pintar ini merekod data senaman secara langsung bagi membolehkan pengguna memantau perkembangan dan pencapaian dengan mudah.

HONOR Band 7 ini akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 199. 

HONOR Band 7, Earbuds X5 dan Scale 3 kini rasmi untuk pasaran Malaysia 8

HONOR Earbuds X5 

HONOR Earbuds X5 merupakan earbuds yang memiliki pemacu gegelung dinamik Ø13.4mm dan gegendang komposit polimer sensitif menghasilkan bunyi bass lebih tinggi dengan treble yang jelas bagi memberikan pengguna bunyi latar lebih bertenaga ketika sedang bersenam.

 Dari segi hayat bateri, HONOR Earbuds X5 juga dilengkapi bateri berketumpatan tinggi agar mampu bertahan sehingga 27 jam dengan casing pengecas, sesuai bagi mereka yang mahu bersenam tanpa gangguan. Pengguna juga boleh menikmati 3 jam pendengaran muzik dengan hanya 10 minit pengecasan.

HONOR Earbuds X5 akan dijual pada harga RM279 dan sesuai bagi golongan yang gemar melayan lagu sambil bersenaman.

HONOR Band 7, Earbuds X5 dan Scale 3 kini rasmi untuk pasaran Malaysia 9

HONOR Scale 3 

HONOR Scale 3 berfungsi sebagai alat rangkaian penunjuk kesihatan badan secara lengkap yang membolehkan pengguna menyasarkan bentuk badan ideal dengan mudah.

Penimbang digital ini akan dijual pada harga RM129 dan menawarkan sebanyak 18 ukuran tepat merangkumi berat badan, lemak badan, BMI, jisim tulang, metabolisme badan, jisim otot, dan banyak lagi.

Lebih menarik, HONOR Scale 3 jug dilengkapi ciri sambungan Wi-Fi bagi mengukur berat badan tanpa perlu masuk ke aplikasi HONOR Health. Ciri ini membolehkan anda memantau kesihatan dan kecergasan dengan lebih pantas dan mudah.

Bukan itu sahaja, HONOR Scale 3 juga menawarkan pilihan kepada pengguna untuk menyelaras data ke dalam Cloud , membolehkan pengguna merujuk perkembangan kesihatan dari semasa ke semasa untuk mencapai matlamat kecergasan mereka.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.