Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi umum pelan strategik untuk mengurangkan kesan rumah hijau sehingga 98% menjelang tahun 2040

Xiaomi

Xiaomi telah mengumumkan rancangan untuk mengekang pembebasan gas Rumah Hijau (GHG) dengan ketara yang dipanggil falsafah sifat-karbon.

Xiaomi akan mencapai pelepasan karbon yang lebih rendah dengan penyedilikan dan pembangunan teknologi yang lebih mampan, mengembangkan teknik pengurusan sisa elektronik, dan melaksanakan operasi serta logistik yang lebih hijau.

Xiaomi umum pelan strategik untuk mengurangkan kesan rumah hijau sehingga 98% menjelang tahun 2040 3

Matlamat falsafah sifar-karbon Xiaomi adalah untuk meningkatkan keberkesanan dan kemampuan produknya sambil mengurangkan jejak karbon produk dan perkhidmatannya. Xiaomi akan terus mengembangkan penggunaan teknologi rendah karbon untuk mewujudkan kesan iklim yang positif dan memupuk gaya hidup yang lebih hijau dan masyarakat rendah karbon.

Untuk menyokong aspirasi global mencapai sifar bersih menjelang 2050¹, syarikat komited untuk mengurangkan pelepasan GHG Skop 1 dan Skop 2²:

  • Mengurangkan pelepasan GHG daripada segmen operasi utamanya sekurang-kurangnya 70% daripada tahap tahun asas menjelang tahun 2030.
  • Mengurangkan pelepasan GHG daripada segmen operasi utamanya sekurang-kurangnya 98% daripada tahap tahun asas, dengan pra-syarat disediakan untuk mencapai pelepasan sifar bersih selewat-lewatnya menjelang tahun 2040
  • Mengutamakan penggunaan teknologi rendah karbon, perjanjian pembelian kuasa hijau jangka panjang dan penjanaan tenaga boleh diperbaharui di tapak untuk mengurangkan pelepasan GHG sepanjang tempoh sasarannya;
  • Menggalakkan pembekal untuk mewujudkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan sasaran pengurangan pelepasan GHG yang setanding Xiaomi.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang strategi dan pelaksanaan iklim Xiaomi serta inisiatif mengenai sosial dan tadbir urus, sila rujuk Laporan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) ke-5 yang diterbitkan oleh Xiaomi: https://www.mi.com/global/about/sustainability/#/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.