Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

MediaTek Dimensity 7050 dilancarkan secara rasmi

MediaTek secara rasminya telah melancarkan cipset Dimensity 7050 yang merupakan satu lagi cipset yang menjalani penjenamaan semula melalui strategi terbaru syarikat ini.

MediaTek Dimensity 7050 adalah cipset yang sama seperti Dimensity 1080 yang telah dilancarkan pada bulan November yang lalu.

Selain itu, cip Dimensity 7050 ini diperbuat daripada proses TSMC N6 yang memiliki 2x teras Cortex-A78 berkelajuan 2.6GHz dan 6x teras Arm Cortex-A55 berkelajuan 2.0GHz manakala GPU adalah Arm Mali-G68 MC4.

Dalam pada itu, cipset ini juga menyokong sensor kamera sehingga 200MP dan rakaman video 4K 30fps, skrin paparan 120Hz pada resolusi 2520 x 1080piksel, RAM jenis LPDDR5 , storan UFS 3.1, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.2 dan dwi-SIM 5G.

Menariknya, MediaTek telah mengesahkan Dimensity 7050 ini akan digunakan pada telefon pintar Lav Agnu 2 5G untuk pasaran India.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.