Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi 12C kini lebih murah pada harga dari RM 499 sahaja

 

Xiaomi telah mengumumkan bahawa telefon pintar kelas entry level Redmi 12C kini ditawarkan pada harga yang lebih berpatutan iaitu dari RM 499 sahaja.

Xiaomi Redmi 12C memiliki skrin paparan HD+ berukuran 6.71-inci, pemproses MediaTek Helio G85, dua pilihan RAM iaitu 4GB dan 6GB + 5G Extended RAaM bersama storan dalaman 128GB.

Selain itu, Xiaomi Redmi 12C juga memiliki satu sensor utama 50MP, satu sensor sampingan dan kamera selfie 5MP.

Dalam pada itu, Xiaomi Redmi 12C turut disertakan bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 10W namun masih menggunakan slot microUSB, bicu audio 3.5mm dan slot microSD.

Xiaomi Redmi 12C kini ditawarkan pada harga RM 499 bagi versi 4/128GB dan RM 599 bagi versi 6/128GB.

Selain itu, setiap pembelian Xiaomi Redmi 12C akan turut menerima Xiaomi In-Ear Headphones Basic.

Dapatkan Xiaomi Redmi 12C di Lazada atau Shopee.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.